the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Beri ruang proses siasatan, undang-undang dalam kes Zara Qairina – Hajiji

TUARAN: Orang ramai diminta memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan dan undang-undang dalam kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat andaian sesuka hati dan mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih mengenai kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

Ketua Menteri juga meminta orang ramai supaya memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia, dalam melakukan siasatan terperinci berkenaan kes tersebut.

“KIta kerajaan negeri bersimpati (kepada keluarga) dengan kejadian yang berlaku. Tetapi orang ramai jangan buat andaian bermacam-macam, kita tunggu proses undang-undang berjalan sebaik mungkin.

“Sekarang ini bermacam sudah andaian dibuat yang saya tengok tidak betul, beri kepercayaan pihak polis siasat dan nanti diumum bila hasil siasatan selesai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Festival Kebudayaan Rumpun Bajau Samah di Lok Batik di sini hari ini.

Festival empat hari yang berakhir hari ini itu, dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan dihadiri isterinya Toh Puan Faridah Tussin serta Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Jumaat lepas, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan mayat Zara Qairina perlu digali semula, bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.

AGC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia, demi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Semalam, jenazah remaja itu digali semula Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, kira-kira 130 kilometer dari sini dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I malam tadi untuk proses bedah siasat hari ini.

Zara Qairina, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai.

Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings