the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi penguatkuasaan bersepadu MOTAC hasilkan 24 notis

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melaksanakan 35 operasi penguatkuasaan bersepadu di seluruh negara dari 14 Julai hingga 3 Ogos lepas.

Operasi ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) dan Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 (Akta 594).

MOTAC bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dalam operasi tersebut.

Sebanyak 220 kenderaan pelancongan, 200 syarikat pelancongan, empat premis penginapan pelancongan, dan 67 pemandu pelancong diperiksa sepanjang tempoh berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 24 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk lima notis kerana menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen sah dan tujuh notis kerana menggunakan kenderaan yang tidak dilesenkan untuk membawa pelancong,” menurut MOTAC.

MOTAC menegaskan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, termasuk pendakwaan, kompaun, penggantungan, atau pembatalan lesen.

MOTAC turut mengingatkan syarikat pelancongan berlesen supaya bekerjasama dengan entiti pelancongan berlesen sah dan menggunakan kenderaan pelancongan yang dilesenkan sepenuhnya.

“Bagi syarikat yang masih menjalankan aktiviti pelancongan tanpa lesen, mereka perlu segera mendapatkan lesen sah bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan,” menurut kenyataan itu.

MOTAC kekal komited melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara menyeluruh melalui kerjasama rentas agensi.

Ini selaras dengan prinsip tadbir urus baik, keadilan, dan keyakinan di bawah kerangka Malaysia MADANI serta menyokong misi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings