the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lawatan Agong ke Rusia buka lembaran baharu hubungan dua hala – Anwar

KUALA LUMPUR: Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Rusia bagi Lawatan Negara atas jemputan rasmi Presiden Vladimir Putin membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala Malaysia dengan negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan yang bermula esok hingga 10 Ogos itu dijangka merancakkan kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan dua hala, pelaburan, pendidikan tinggi, teknologi dan inovasi serta hubungan antara rakyat.

“Malaysia berpotensi menarik pelaburan serta teknologi baharu daripada Rusia, khususnya dalam sektor tenaga, aeroangkasa, pertahanan, dan pertanian pintar sejajar dengan agenda Ekonomi MADANI yang menekankan daya saing, kemampanan dan kemakmuran bersama,“ kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri menegaskan bahawa Lawatan Negara itu turut mengukuhkan peranan Institusi Diraja Malaysia sebagai pemacu diplomasi negara yang dihormati pada peringkat antarabangsa, sekaligus memperteguh kedaulatan dan imej Malaysia sebagai negara yang berkecuali, terbuka dan progresif.

Beliau menyifatkan lawatan itu sebagai bersejarah dan signifikan, menjadikan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara Malaysia pertama menjejakkan kaki ke Rusia bagi Lawatan Negara sejak hubungan diplomatik kedua-dua negara dimeterai pada tahun 1967.

“Ia melambangkan kedudukan Seri Paduka Baginda sebagai lambang perpaduan negara, yang turut memainkan peranan strategik dalam memperkukuh hubungan antarabangsa Malaysia,“ katanya.

Terdahulu, Anwar mengiringi Sultan Ibrahim ke Istitadat Mengucap Selamat Berangkat Sempena Lawatan Negara di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Rusia merupakan rakan perdagangan kesembilan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah dan ke-28 di peringkat global, dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM11.46 bilion (AS$2.48 bilion) pada 2024.

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2025, jumlah perdagangan Malaysia-Rusia direkodkan sebanyak RM4.13 bilion (AS$945.7 juta). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings