the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi Fadzil sedih hasrat libatkan Ross Ariffin dalam lagu Merdeka tak kesampaian

KAJANG: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil melahirkan rasa sedih kerana hasratnya untuk melibatkan komposer terkenal era 1990-an, Roslan Ariffin Jamil dalam penghasilan lagu sempena Hari Kebangsaan tidak dapat direalisasikan.

Fahmi berkata beliau menyampaikan hasrat berkenaan kepada Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Ross Ariffin tahun lepas ketika mengunjungi studio Radio Televisyen Malaysia (RTM), dengan pada masa itu komposer terbabit menunjukkan semangat luar biasa untuk kembali berkarya walaupun beberapa kali diserang angin ahmar.

Beliau berkata pada lawatan disertai Ketua Pengarah RTM Datuk Suhaimi Sulaiman dan Pengarah Muzik RTM Datuk Mokhzani Ismail itu, arwah juga kelihatan teruja melihat pelbagai jenis instrumen muzik.

“Waktu itu beliau telah ada beberapa rangkap (melodi) yang dimainkan. Kita akan cuba cari balik lagu itu, berusaha untuk melengkapkannya.

“Saya masih ingat kata-kata (arwah), yang bermain dalam fikiran, lagu disediakan yang saya harap untuk Hari Kebangsaan sebagai satu pengiktirafan,“ katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin di sini hari ini.

Fahmi yang kagum dengan semangat kreatif Ross Ariffin berkata pihaknya menyediakan piano khas untuk memudahkan komposer itu terus berkarya meskipun menghadapi cabaran kesihatan seterusnya memulakan kehidupan baharu.

“Cara beliau menghasilkan muzik sangat unik, tidak menulis nota tetapi terus main. Bagi saya, itu satu keajaiban, semoga lagu-lagu ciptaan beliau akan terus menjadi kenangan buat kita semua,“ katanya.

Roslan Ariffin, 63 menghembuskan nafas terakhir pada 5.30 petang semalam dan meninggalkan dua anak.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di sini selepas solat zuhur.

Allahyarham pernah mencipta lagu untuk beberapa artis popular tanah air antaranya Datuk Aishah (Kemaafan Dendam Yang Terindah), Fauziah Latiff (Dia), Ning Baizura (Kau dan Aku) dan Jaclyn Victor (Ceritera Cinta)- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings