the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Slovenia negara Eropah pertama hentikan perdagangan senjata dengan Israel

BRUSSELS: Slovenia menjadi negara pertama di Eropah yang menghentikan perdagangan senjata dengan Israel, termasuk import, eksport dan transit peralatan ketenteraan.

Keputusan itu diluluskan dalam mesyuarat kabinet kerajaan Slovenia pada Khamis, menurut kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri Slovenia.

“Semua senjata dan peralatan ketenteraan yang dihantar dari Slovenia ke Israel, diimport dari Israel, atau melalui wilayah Slovenia akan diharamkan sepenuhnya,“ jelas kenyataan itu.

Langkah ini diambil sebagai tindak balas terhadap krisis kemanusiaan di Gaza, yang telah menyebabkan lebih 60,200 rakyat Palestin terkorban sejak serangan besar-besaran Israel bermula pada 7 Oktober 2023.

Kerajaan Slovenia turut mengutuk keras sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza, menyifatkannya sebagai “penafian sepenuhnya terhadap bantuan kemanusiaan dan halangan sengaja terhadap syarat asas untuk kelangsungan hidup.”

“Hasil daripada tindakan ini amat memalukan; rakyat di Gaza sedang mati kerana bantuan kemanusiaan dinafikan secara sistematik kepada mereka,“ tegas kenyataan tersebut.

Kerajaan Slovenia juga mengumumkan akan mengambil langkah tambahan di peringkat nasional terhadap Israel dalam minggu-minggu mendatang. – Bernama, Anadolu

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings