the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Taktik edar dadah guna kereta sewa terbongkar, pasangan suami isteri antara empat ditahan

SEPANG: Polis berjaya membongkar taktik sindiket mengedar dadah menggunakan kereta sewa yang aktif sejak sembilan tahun lepas selepas menahan tiga lelaki dan seorang wanita dalam operasi di sekitar sini dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata polis turut merampas pelbagai jenis dadah antaranya 515 gram syabu, 14 gram ketamin 65 gram heroin dan 300 biji eramin 5 bernilai kira-kira RM36,500 dalam operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sepang itu.

Beliau berkata semua suspek yang berumur 27 hingga 39 tahun, termasuk satu pasangan suami isteri itu direman lima hingga tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua suspek dipercayai aktif menjalankan aktiviti mengedar dadah sejak 2016, dipercayai menggunakan kereta sewa untuk beroperasi dengan kadar sewaan RM100 sehari,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Norhizam berkata mereka dipercayai dibayar sekitar RM1,600 untuk setiap penghantaran dadah kepada pelanggan di daerah ini, dan semakan awal mendapati dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau, antaranya berkaitan dadah.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki yang ditahan didapati positif dadah jenis amphetamine dan methapetamin manakala wanita berkenaan negatif dadah, dan polis percaya masih ada saki baki anggota sindiket ini yang bebas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings