the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia komited perluas kerjasama dengan rusia, fokus tenaga boleh diperbaharui – TPM Fadillah

KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk memperluas jalinan strategik dengan rakan antarabangsa termasuk Rusia dalam bidang yang mampu membawa manfaat bersama serta menyumbang kepada pembangunan mampan.

Komitmen itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Rusia ke Malaysia Naiyl M. Latypov di Menara Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Putrajaya hari ini.

“Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang konstruktif mengenai usaha memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui yang semakin mendapat perhatian global.

“Kami turut membincangkan persiapan awal menjelang lawatan kerja saya ke Persekutuan Rusia yang dijadualkan akan berlangsung dalam masa terdekat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Hubungan diplomatik Rusia-Malaysia yang terjalin sejak 1967 menghampiri enam dekad tahun ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Ensuring safety of our interns

A 24-year-old’s fatal accident exposes the deadly gap between academic oversight and industrial safety, demanding urgent accountability for vulnerable trainees.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings