the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Petronas, TotalEnergies meterai perjanjian perluas kerjasama huluan

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan TotalEnergies SE menandatangani perjanjian kerjasama strategik (SCA) dan dua perjanjian serah hak (FOA) untuk mengembangkan kerjasama huluan mereka di Malaysia.

Kedua-dua syarikat itu juga sedang mengembangkan kerjasama antarabangsa mereka di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Bobara di Indonesia.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata SCA itu menggariskan peluang yang berpotensi di peringkat antarabangsa dan domestik dalam bidang-bidang strategik merangkumi penerokaan dan pengeluaran, gas dan gas asli cecair (LNG), pengurangan jejak karbon dan kerjasama.

“Bagi Malaysia, Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Carigali Sdn Bhd dan TotalEnergies EP Malaysia akan bersama-sama meneroka beberapa blok penerokaan luar pesisir di seluruh lembangan hidrokarbon yang paling berpotensi di negara ini.

“Sementara itu, di Indonesia, anak syarikat kumpulan, Petronas Energy Bobara Sdn Bhd dan TotalEnergies telah berjaya memuktamadkan terma Perjanjian Serah Hak (FOA) bagi PSC Bobara untuk membuka sumber hidrokarbon baharu di Bobara, sebuah blok perairan ultra dalam yang terletak di wilayah Timur Indonesia,” katanya.

Majlis menandatangani perjanjian itu dihadiri oleh barisan kepimpinan kanan daripada kedua-dua organisasi, termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dan Naib Presiden Eksekutif dan CEO Huluan Petronas Mohd Jukris Abdul Wahab.

TotalEnergies pula diwakili oleh Pengerusi dan CEO Patrick Pouyanné, dan Presiden Penerokaan dan Pengeluarannya Nicolas Terraz.

Tengku Muhammad Taufik berkata majlis menandatangani perjanjian itu menandakan satu lagi langkah penting ke hadapan dalam komitmen bersama kedua-dua pihak terhadap pertumbuhan yang bertanggungjawab dan penciptaan nilai jangka panjang.

“Bersama-sama, kita akan meneroka dan membangunkan sumber minyak yang berdaya saing di blok penerokaan hadapan di Malaysia dan Indonesia.

“Fokus kami adalah untuk memaksimumkan potensi komersial yang tinggi sambil menyampaikan nilai mampan kepada semua pihak berkepentingan,” katanya.

Sementara itu, Pouyanné berkata kerjasama strategik dengan Petronas, yang melangkaui Malaysia melalui pelbagai usaha sama di peringkat global, membolehkan kedua-dua pihak mengakses portfolio yang luas dan pelbagai di negara ini, merangkumi daripada penerokaan hinggalah kepada pengeluaran.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

AIMS continues to power Malaysia’s digital growth with 200MW AI data centre in Cyberjaya

AIMS Data Centre Sdn Bhd has completed the acquisition of about 10 acres of land in Cyberjaya from Cyberview Sdn Bhd, paving the way for the development of a 200MW AI-ready hyperscale data centre with an estimated investment of RM4 billion. Scheduled for completion in 2027, the facility will feature energy-efficient and sustainable designs, reinforcing Malaysia’s ambition to become an AI Nation by 2030. The project is expected to strengthen Cyberjaya’s position as a regional digital infrastructure hub while supporting job creation, talent development and growing demand from global cloud and AI players.
spot_img

Popular Categories