the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita warga emas maut dilanggar motosikal di Tapah

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seorang wanita berusia 80-an maut di tempat kejadian selepas dilanggar motosikal di Jalan Bidor Lama, Tapah, pagi tadi.

TAPAH: Seorang wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah motosikal di hadapan Dewan Bukit Pagar, Jalan Bidor Lama dekat Tapah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan itu pada 6.55 pagi.

Siasatan mendapati penunggang motosikal itu merupakan seorang anggota polis berusia 20-an yang dalam perjalanan ke tempat kerja di pekan Tapah.

“Apabila sampai di tempat kejadian, warga emas berusia 80-an tersebut telah menyeberang jalan secara tiba-tiba menyebabkan penunggang motosikal tidak sempat mengelak dan berlaku perlanggaran,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tapah.

Penunggang motosikal itu pula dihantar dengan ambulans ke Hospital Tapah bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil membantu siasatan.

Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah Insp Mohd Faizan Ahmad @ Mohammed Razikin di talian 013-2087919.

Panggilan juga boleh dibuat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di talian 05-4011222.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings