the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keupayaan PKR dapat diangkat menerusi barisan kepimpinan baharu parti – PM Anwar

JOHOR BAHRU: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan bahawa kepimpinan baharu akan mampu mengangkat keupayaan untuk menjadi lebih baik daripada apa yang pernah dicapai.

Berucap di hadapan lebih 10,000 perwakilan pada Kongres Nasional Tahun PKR 2024/2025, Perdana Menteri menegaskan keperluan sebagai sebuah jemaah yang mempunyai pelbagai susuk dan ragam, untuk mempunyai tekad bersama untuk menjayakan apa yang direncanakan.

“Kalau tunjuk keretakan, ia tak akan berhasil. Parti tidak akan mampu kalau tak ada semangat kasih sayang, kepercayaan.

“Jadi saya nak nasihatkan (pemimpin) di Cabang, negeri dan pusat, kita kena lepaskan pengalaman lama (selepas pemilihan),” kata beliau ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden, di sini hari ini.

Kongres itu dihadiri Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar, serta barisan saf kepimpinan parti.

Anwar yang mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu berkata bagi menguatkan parti, ia perlu merangkul semua kekuatan termasuk sokongan bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden Nik Nazmi Nik Ahmad, yang selama ini telah memberikan sumbangan besar terhadap parti.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan turut menyentuh mengenai keperluan untuk kepimpinan memperkemas parti pascapemilihan, dengan tumpuan diberikan kepada membaiki kelemahan serta menggilap idealisme parti dalam kalangan ahli.

“Oleh itu arahan pertama saya (hari ini), kita perlu adakan kursus di Akademi Keadilan bermula daripada MPP (Majlis Pimpinan Pusat), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita, untuk kita muhasabah diri.

“Perkara ini perlu bermula dari atas (pimpinan tertinggi parti) sebelum kita melatih yang ahli-ahli di bawah ini, yang penting kita terima teguran dan baiki (kesilapan) dengan lapang dada, kerana itulah lazimnya kalau kita mahu jadi pemimpin,” katanya.

Anwar berkata parti juga perlu melalui proses reformasi terutamanya melibatkan aspek disiplin dan akhlak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bank of China (Hong Kong) x Television Broadcasts Limited (“TVB”) “Wealth Management Expo 2026”...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 27 June 2026 - The "Wealth Management Expo 2026", powered by Bank of China (Hong Kong) ("BOCHK") and organised by TVB under the theme of "Empowering Enterprises to Go Global, Pioneering the Blue Ocean of Silver Economy", was successfully held today.

Vinmec Launches Vietnam’s First Integrated High-Tech Robotic Surgery Network, Establishing the Country’s First Multi-Connected...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 27 June 2026 - Vinmec Healthcare System today officially launched its nationwide network of High-Tech Robotic Surgery Centers, marking a major milestone in the advancement of surgical innovation in Vietnam.

Flash Sports & Media, Inc. Unveils Plan to Build the Next Tier of T20...

Tampa, Florida - Newsfile Corp. - June 26, 2026 - Flash Sports & Media, Inc. (NASDAQ: FLZH), a sports media and content company focused on the global cricket industry, today announced the release of its 2026 Investor Presentation filed with the U.S. Securities and Exchange Commission on Form 8-K, outlining the Company's strategic vision to build the first vertically integrated, multi-market T20 cricket platform on a public exchange.

OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead China Telecom Global Partner Conference Held

On June 25, 2026, the China Telecom Global Partner Conference convened in Shanghai. Centered on the theme of "OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead," the event brought together leading global telcos, key ecosystem partners, and prominent clients from both domestic and international markets.

Hong Kong celebrates surge of global enterprises driving investment and opportunities

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 26 June 2026 – More than 380 representatives of global enterprises joined a welcome reception yesterday (June 25) for 413 newly arrived or expanded overseas and Chinese Mainland companies in Hong Kong.

HONMA Golf FY2025/26 Results Remained Resilient Sales and Net Profit Showed Visible Improvements

HONMA Golf posted resilient FY2025/26 results with higher revenue and a return to profit, supported by strong growth in Korea, successful product launches, improved distribution channels, and continued investment in innovation and brand development.

From Millennium Xuan Paper to Contemporary Visual Storytelling: China’s Intangible Cultural Heritage Sets Off...

The drama Zhong Mo Yuan brings UNESCO-recognised Xuan paper-making to contemporary audiences, using visual storytelling to highlight China's intangible cultural heritage while promoting cultural preservation, craftsmanship, and international appreciation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings