the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

SPRM siapkan kertas siasatan rasuah dana TKAT, Mindef Jumaat depan

Kertas siasatan rasuah dan salah guna dana TKAT dan Mindef melibatkan dua pegawai tinggi ATM akan siap dan diserahkan kepada pendakwa raya selewat-lewatnya Jumaat depan.

PUTRAJAYA: Kertas siasatan membabitkan kes rasuah dan salah guna dana Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Kementerian Pertahanan dijangka siap selewat-lewatnya Jumaat depan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata siasatan itu melibatkan dua pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata siasatan telah dijalankan sejak 7 Oktober tetapi tidak diumumkan sebelum ini.

Dalam siasatan itu, pihaknya turut menahan empat pegawai kanan ATM dan sembilan orang awam bagi membantu siasatan.

Azam enggan mengulas lanjut mengenai jenis rasuah dan penyalahgunaan dana yang dilakukan.

“Seorang pegawai tinggi ATM telah hadir bagi memberi keterangan bagi membantu kes ini pada Ahad dan Isnin lepas, manakala seorang lagi pegawai tinggi telah hadir semalam dan kita telah menahan kedua-dua mereka tetapi tidak direman,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua mereka hadir memberi keterangan pada peringkat akhir siasatan.

Kertas siasatan hampir siap dan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya dengan cadangan pertuduhan.

Azam berkata pihaknya turut menyita beberapa kenderaan dan aset bernilai tinggi.

Sitaan wang tunai adalah sebanyak RM1.3 juta keseluruhannya.

Nilai mata wang asing yang disita pula berjumlah RM721,000.

Seramai 66 jongkong emas seberat 2.49 kilogram bernilai RM1.7 juta turut dirampas.

Lapan akaun syarikat serta empat akaun peribadi juga dibekukan melibatkan jumlah keseluruhan RM4.7 juta.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009, Seksyen 409 dan 165 Kanun Keseksaan.

Seramai 35 individu telah dirakam kenyataan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Semalam SPRM mengesahkan seorang lagi pegawai tinggi ATM turut ditahan bagi membantu siasatan.

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology to host live investor webinar and Q&A on January 28

Gorilla Technology will host a live investor webinar on January 28, where its leadership team will discuss recent milestones, strategy and growth outlook, followed by a Q&A session with investors.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories