the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saksi dengar Zara Qairina dituduh curi RM300 sebelum insiden kematian

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu terdapat khabar angin dalam kalangan pelajar sekolah yang mendakwa Zara Qairina Mahathir mencuri wang rakannya sebelum kematian pelajar tingkatan satu itu.

Pengawal Keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Papar Linah Mansoding @ Jaliha berkata beliau hanya mendengar cerita curi itu daripada pelajar-pelajar sekolah berkenaan selepas kejadian malang berkenaan.

Ibu kepada empat anak yang bertugas di sekolah berkenaan sejak 2012 menyatakan demikian ketika menjawab soalan peguam keluarga Zara Qairina Shahlan Jufri pada hari ketujuh prosiding inkues.

Saksi keenam inkues kematian Zara Qairina itu berkata seorang pelajar perempuan dikenali sebagai A menemuinya di kawasan jemuran pakaian sehari sebelum insiden malang itu.

Pelajar A memberitahu wang berjumlah 300 ringgit serta kad bank di dalam beg sekolahnya telah hilang.

Linah berkata pelajar A tidak menyebut siapa yang dia tuduh ketika membuat aduan tersebut.

Beliau menyatakan hanya selepas kejadian barulah dia mendengar khabar angin yang mengatakan Zara dituduh mencuri duit pelajar A.

Linah berkata pelajar A mengadu perkara itu kepada pelajar tingkatan empat kerana semua bilik yang dihuni pelajar-pelajar tingkatan satu di aras tiga bangunan asrama itu adalah di bawah jagaan pelajar tingkatan empat.

Saksi berkata beliau tidak tahu apa yang dilakukan pelajar tingkatan empat selepas wujudnya tuduhan curi itu.

Linah tidak menolak kemungkinan pelajar tingkatan empat memanggil Zara Qairina untuk bertanya mengenai perkara berkenaan.

Menceritakan lebih lanjut Linah berkata perkara itu kemudian diketahui seorang warden lelaki menerusi ketua dorm Zara Qairina yang juga pelajar tingkatan empat.

Linah berkata beliau tidak pernah mendengar cerita lain mengenai Zara Qairina selain tuduhan curi.

Zara Qairina berusia 13 tahun meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.

Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.

Pada 13 Ogos Jabatan Peguam Negara mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis.

Sebelum itu pada 8 Ogos Jabatan Peguam Negara mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

Prosiding hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung pukul 2.15 petang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Senior living project partners AIA unit

Eden at Botanica CT, a nursing care residence and a low-density active living resort, has partnered with AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd (APAM) to integrate retirement savings into its senior living development in Balik Pulau, with purchasers receiving a RM25,000 contribution into a Private Retirement Scheme (PRS) fund.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings