the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 17, 2026
28.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

JKKP Negeri Sembilan siasat punca kebocoran gas amonia di plaza tol

JKKP Negeri Sembilan siasat insiden kebocoran gas amonia di Plaza Tol Seremban yang sebabkan tiga mangsa sesak nafas, ancam tindakan undang-undang.

SEREMBAN: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Sembilan akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca insiden kebocoran gas amonia di Plaza Tol Seremban.

Tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

BACA: Siasatan penuh kes kebocoran gas dijalankan – JKKP

“Jabatan memandang serius setiap kemalangan mahupun penyakit pekerjaan yang berpunca daripada mana-mana aktiviti dalam setiap sektor pekerjaan,” menurut kenyataan JKKP.

JKKP Negeri Sembilan juga menegaskan komitmennya dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini.

Insiden itu berlaku semalam di susur keluar Plaza Tol Seremban menghala utara.

Satu daripada 15 tong silinder gas amonia dalam sebuah lori meletup dan mengalami kebocoran.

Tiga individu iaitu seorang pengawal keselamatan, jurutol dan pemandu lori dilaporkan mengalami sesak nafas akibat insiden tersebut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories