the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Buruh binaan maut motosikal terbabas dilanggar kereta

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seorang buruh binaan maut selepas motosikalnya terbabas dan dilanggar kereta di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Renek, Jertih.

JERTIH: Seorang buruh binaan maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan dilanggar sebuah kereta di sini malam tadi.

Mangsa, Muhammad Aslan Rosle, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 9.45 malam di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Renek.

Motosikal jenis Honda C70 yang dinaiki mangsa dan seorang pembonceng lelaki berusia 18 tahun dilaporkan terbabas dan terjatuh di laluan bertentangan.

Pada masa sama, sebuah kereta Proton Wira dari arah bertentangan tiba di lokasi.

Pemandu kereta berusia 64 tahun itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal dan mangsa.

Pembonceng motosikal cedera pada lengan kiri manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

Pembonceng pula dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings