the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Presiden Osmani diberi sambutan rasmi di Perdana Putra

PUTRAJAYA: Presiden Kosovo Dr Vjosa Osmani Sadriu, yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini.

Sebaik tiba pada 9 pagi, Osmani disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Osmani kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) yang diketuai Mej Muhammad Fikri Senan.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, anggota Kabinet, diplomat asing serta pegawai kanan kerajaan.

Selepas itu, Osmani menandatangani buku pelawat sebelum meneruskan pertemuan empat mata dengan Anwar.

Malaysia secara rasmi mengiktiraf Kosovo pada 30 Okt 2008 sekali gus tampil sebagai negara Asia pertama yang berbuat demikian.

Hubungan diplomatik pula diwujudkan secara rasmi pada 18 Mac 2011.

Pada 2024, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dengan Kosovo mencecah RM28.55 juta (USD6 juta) dengan eksport negara ke republik itu sebanyak RM25.92 juta (USD5.5 juta) dan import RM2.63 juta (USD550,000).

Eksport utama Malaysia termasuk minyak sawit, produk elektrik dan elektronik serta barangan perkilangan manakala import dari Kosovo kebanyakannya terdiri daripada bahan mentah dan batu permata.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

AIMS continues to power Malaysia’s digital growth with 200MW AI data centre in Cyberjaya

AIMS Data Centre Sdn Bhd has completed the acquisition of about 10 acres of land in Cyberjaya from Cyberview Sdn Bhd, paving the way for the development of a 200MW AI-ready hyperscale data centre with an estimated investment of RM4 billion. Scheduled for completion in 2027, the facility will feature energy-efficient and sustainable designs, reinforcing Malaysia’s ambition to become an AI Nation by 2030. The project is expected to strengthen Cyberjaya’s position as a regional digital infrastructure hub while supporting job creation, talent development and growing demand from global cloud and AI players.
spot_img

Popular Categories