the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan pelakon, penyanyi terkenal untuk siasatan kes amang seksual

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon dan penyanyi lelaki terkenal selepas didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor, semalam.

Menurut sumber mangsa berusia 17 tahun sebelum itu dilaporkan telah berkenalan dengan artis berkenaan di sebuah kafe tempat dia bekerja dan mereka dilaporkan telah beberapa kali berjumpa sebelum kejadian itu berlaku.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Siti Kamsiah Hassan berkata artis terbabit telah ditahan sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum dia dibebaskan pada hari yang sama dengan jaminan polis.

“Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 14(a), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792),” katanya ketika dihubungi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings