the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 18, 2026
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Naim Moktar hargai sokongan padu GRS dalam kempen PRK Kinabatangan

Calon BN Mohd Kurniawan Naim Moktar hargai sokongan padu komponen GRS dalam kempen PRK Kinabatangan, sebut ia nilai tambah besar.

KINABATANGAN: Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar, menzahirkan penghargaan terhadap sokongan padu parti komponen Gabungan Rakyat Sabah yang turun membantu kempennya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Naim Moktar menyifatkan kerjasama itu sebagai kesepakatan yang amat baik demi menjamin kestabilan dan pembangunan negeri.

“Saya sungguh gembira atas sokongan berkenaan dan ia sudah semestinya menjadi satu nilai tambah bagi menjalankan kempen di semua tempat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Daerah Mengundi Kampung Balat dan Kampung Sangau di sini.

Berbaki lima hari sebelum hari pengundian, beliau berkata lebih 20 PDM dalam parlimen itu telah dilawatinya sejak hari penamaan calon.

Beliau berkata meskipun menggunakan bot dan kenderaan pacuan empat roda, ia tidak melunturkan semangatnya untuk bertemu seramai mungkin pengundi.

Naim Moktar berkata beliau akan terus ke kawasan pedalaman seperti Inarad, Kuamut dan Karamuak.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan beliau ditentang Datuk Saddi Abdul Rahman dari Warisan dan Goldam Hamid yang bebas.

PRK Dewan Undangan Negeri Lamag pula menyaksikan pertandingan antara Mohd Ismail Ayob dari BN dan Mazliwati Abdul Malek dari Warisan.

Kedua-dua PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian awal pada Selasa ini.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories