the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tembok sempadan Kelantan-Thailand mampu atasi isu penyeludupan – Ketua Polis Kelantan

KOTA BHARU: Pembinaan tembok atau pagar kekal di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand disifatkan sebagai penyelesaian paling berkesan dalam membanteras kegiatan penyeludupan di negeri ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata sempadan sepanjang 45 kilometer itu terlalu terbuka, sekali gus menyukarkan kawalan secara menyeluruh.

“Bagi kawasan sepanjang itu, kita hanya mempunyai lapan pos kawalan. Sudah tentu terdapat banyak kelompongan yang menyebabkan aktiviti penyeludupan masih berlaku.

“Pada pandangan saya, hanya pembinaan tembok sempadan secara menyeluruh dapat menyelesaikan masalah ini sepenuhnya,” katanya pada sidang media sempena Program Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan Tahun 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan cadangan pembinaan tembok di sempadan berkenaan telah lama dikemukakan kepada pihak atasan.

Sementara itu, Mohd Yusoff berkata trend kemasukan dadah ke negeri ini kini menunjukkan perubahan, apabila penyeludup lebih cenderung membawa masuk bahan terlarang itu dalam kuantiti kecil berbanding jumlah besar seperti sebelum ini.

Katanya, perubahan itu berlaku susulan larangan rentas sempadan melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok.

“Jika dahulu kita membuat rampasan dalam jumlah besar, kini mereka lebih berhati-hati dan membawa masuk dalam jumlah kecil. Pun begitu, pil yaba masih kekal sebagai dadah yang paling tinggi permintaannya di Kelantan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings