the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penunggang motosikal maut terbabas, pejalan kaki dilanggar kereta ketika beri bantuan

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi bantuan turut terkorban apabila dilanggar sebuah kereta di Kilometer 16 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian dipercayai berlaku pada 2.10 pagi ketika lelaki berusia lingkungan 30-an itu yang menunggang motosikal jenis SYM BX110 berada di lorong kanan dari arah Johor Bahru menghala ke Taman Setia Tropika.

Beliau berkata apabila tiba di lokasi kejadian, lelaki itu telah hilang kawalan dan terbabas sebelum jatuh di atas jalan raya.

“Akibat daripada kemalangan ini, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah pada kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata seterusnya, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun telah memberikan bantuan menjaga penunggang motosikal tersebut daripada lalu lintas kenderaan lain sementara menunggu bantuan tiba.

“Bagaimanapun, sebuah kereta jenis BMW dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun telah melanggarnya menyebabkan dia cedera parah bahagian dalaman dan turut meninggal dunia di lokasi kejadian, pemandu kereta pula hanya cedera ringan pada bahagian muka.

“Siasatan mendapati pemandu kereta terbabit memandu di bawah pengaruh alkohol dan telah ditahan polis. Tahanan reman diperoleh empat hari untuk siasatan lanjut, “ katanya.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) dan Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebarang maklumat daripada saksi boleh disalurkan kepada pihak polis di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan,“ tambahnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bank of China (Hong Kong) x Television Broadcasts Limited (“TVB”) “Wealth Management Expo 2026”...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 27 June 2026 - The "Wealth Management Expo 2026", powered by Bank of China (Hong Kong) ("BOCHK") and organised by TVB under the theme of "Empowering Enterprises to Go Global, Pioneering the Blue Ocean of Silver Economy", was successfully held today.

Vinmec Launches Vietnam’s First Integrated High-Tech Robotic Surgery Network, Establishing the Country’s First Multi-Connected...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 27 June 2026 - Vinmec Healthcare System today officially launched its nationwide network of High-Tech Robotic Surgery Centers, marking a major milestone in the advancement of surgical innovation in Vietnam.

Flash Sports & Media, Inc. Unveils Plan to Build the Next Tier of T20...

Tampa, Florida - Newsfile Corp. - June 26, 2026 - Flash Sports & Media, Inc. (NASDAQ: FLZH), a sports media and content company focused on the global cricket industry, today announced the release of its 2026 Investor Presentation filed with the U.S. Securities and Exchange Commission on Form 8-K, outlining the Company's strategic vision to build the first vertically integrated, multi-market T20 cricket platform on a public exchange.

OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead China Telecom Global Partner Conference Held

On June 25, 2026, the China Telecom Global Partner Conference convened in Shanghai. Centered on the theme of "OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead," the event brought together leading global telcos, key ecosystem partners, and prominent clients from both domestic and international markets.

Hong Kong celebrates surge of global enterprises driving investment and opportunities

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 26 June 2026 – More than 380 representatives of global enterprises joined a welcome reception yesterday (June 25) for 413 newly arrived or expanded overseas and Chinese Mainland companies in Hong Kong.

HONMA Golf FY2025/26 Results Remained Resilient Sales and Net Profit Showed Visible Improvements

HONMA Golf posted resilient FY2025/26 results with higher revenue and a return to profit, supported by strong growth in Korea, successful product launches, improved distribution channels, and continued investment in innovation and brand development.

From Millennium Xuan Paper to Contemporary Visual Storytelling: China’s Intangible Cultural Heritage Sets Off...

The drama Zhong Mo Yuan brings UNESCO-recognised Xuan paper-making to contemporary audiences, using visual storytelling to highlight China's intangible cultural heritage while promoting cultural preservation, craftsmanship, and international appreciation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings