the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bekas pemandu treler dapat kebenaran rayu, kes maut 4 sekeluarga

PUTRAJAYA: Bekas pemandu treler yang disabitkan kesalahan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian empat sekeluarga lima tahun lepas, mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan hari ini untuk meneruskan rayuan terhadap sabitan dan hukumannya.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan bersama Hakim Datuk Azmi Ariffin dan Hakim Ong Chee Kwan membenarkan permohonan Y. Vethri Vel untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi, yang sebelum ini menggandakan hukuman penjara kepada lapan tahun dan denda RM80,000.

Mahkamah turut membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuan selesai didengar. Vethri Vel dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 bersama seorang penjamin.

Panel itu juga membenarkan dua persoalan undang-undang yang dikemukakan Vethri Vel untuk ditentukan semasa rayuan.

Persoalan pertama ialah sama ada Mahkamah Tinggi boleh meminda pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol kepada kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya mengikut Akta pengangkutan Jalan 1987 (APJ).

Persoalan kedua pula ialah sama ada Mahkamah Tinggi boleh meminda pertuduhan di bawah akta sama kepada kesalahan menyebabkan kecederaan parah, iaitu satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Peguam R.S.N Rayer yang mewakili Vethri Vel mengemukakan permohonan itu, manakala Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong tidak membantah.

Lim turut memaklumkan pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan balas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang meminda pertuduhan di bawah Seksyen 44(1)(b) APJ kepada Seksyen 41(1) akta sama serta Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Vethri Vel, 31, pada awalnya berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 44(1)(b) APJ. Bagi pertuduhan pertama, dia dituduh memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian Mohamad Faiz Bakhari, 28; isterinya, Nik Ledayu Nik Hassan, 30; bayi mereka, Muhammad Faqih Irsyad, 16 bulan; serta adik ipar Nik Ledayu, Nik Ifeka Nik Hassan, 27.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa terselamat, Muhammad Fariz Iskandar, anak sulung pasangan itu.

Kesalahan berlaku di Kilometer 37, Jalan Ipoh–Kuala Kangsar, Sungai Siput, kira-kira pukul 10.20 malam pada 13 Feb 2020.

Pada 14 Dis 2023, Mahkamah Majistret Sungai Siput mensabitkan Vethri Vel atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 44(1)(b) APJ dan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun serta denda RM10,000, dan jika gagal membayar denda, dipenjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan. Hukuman penjara itu diperintah berjalan serentak.

Namun pada 18 Jun lepas, Mahkamah Tinggi menggantikan pertuduhan dengan empat pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) APJ dan menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun serta denda RM20,000, dan jika gagal membayar denda, dipenjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah Tinggi juga mensabitkan Vethri Vel atas pertuduhan berasingan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada Muhammad Fariz Iskandar, dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun. Semua hukuman penjara diperintah berjalan serentak.

Menurut undang-undang, Vethri Vel perlu mendapatkan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Rayuan kerana kes itu bermula di Mahkamah Majistret.

Peguam R. Thandayuthapani Pillay turut mewakili Vethri Vel dalam prosiding hari ini – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Commerce.Asia backs rise of creator-led brands with scalable execution model

Commerce.Asia executive chairman Ganesh Kumar Bangah said consumer trust is shifting away from traditional brands and increasingly toward creators, communities and personal relationships, driving the rapid rise of influencer-led businesses. However, he stressed that while launching a brand is easier today, scaling sustainably requires operational discipline, supply chain control, reliable fulfilment and structured capital planning. Speaking at the launch of vegan beauty brand Numinara by actress Diana Danielle, Ganesh said the brand’s RM1 million sales milestone in under six months highlights how creator-driven demand can translate into long-term growth when backed by strong execution and infrastructure.

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

Farm Price eyes Main Market move after meeting profit, financial criteria

“Farm Price Holdings Bhd has proposed to transfer its listing from Bursa Malaysia’s ACE Market to the Main Market, saying the move reflects the group’s progress, operating discipline and readiness for its next phase of growth. Managing director Dr Lawrence Tiong Lee Chian said the transfer is expected to enhance credibility, broaden investor recognition and reinforce confidence in its long-term prospects.
spot_img

Popular Categories