the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Satu lagi lubang benam di Jalan Gua Musang–Lojing, laluan ditutup sepenuhnya

KOTA BHARU: Satu lagi lubang benam berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang–Lojing berhampiran Kampung Jekjok pada awal pagi tadi, hanya tujuh meter dari lokasi kejadian sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata laluan terbabit kini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan atas nasihat Jabatan Kerja Raya.

“Lubang benam ini berlaku dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands dan dianggarkan sedalam lima meter,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya yang ingin ke Cameron Highlands atau Ipoh, Perak supaya menggunakan laluan alternatif, iaitu melalui Gua Musang–Sungai Koyan–Ringlet–Tapah–Ipoh dan Gua Musang–Sungai Koyan–Ringlet–Cameron Highlands.

Polis mengingatkan kepada orang ramai agar berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini mengenai kerja-kerja pembaikan.

Pada November tahun lepas, satu kejadian lubang benam sedalam enam meter berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang–Lojing dan sebulan selepas itu, berlaku kejadian lubang benam kedua yang mencecah kedalaman sembilan meter, hanya lima meter dari lokasi pertama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings