the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Inkues Zara Qairina: Biar mahkamah tentukan sama ada bunuh diri atau sebaliknya – Saksi

KOTA KINABALU: Saksi pertama dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir berkata terpulang kepada pertimbangan Mahkamah Koroner untuk menentukan sama ada remaja itu telah membunuh diri atau sebaliknya.

Dr Jessie Hiu, 58, yang menjalankan bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, pada 10 Ogos lepas berkata demikian menjawab soalan daripada peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang remaja yang didakwa dalam kes buli Zara Qairina.

Ram: Sekiranya bukan disebabkan kemalangan atau didorong ketika berdiri atau duduk di atas penghadang, adakah kemungkinan si mati jatuh sendiri? Dr Hiu menjawab, “Ia terpulang kepada mahkamah untuk menentukannya.”

Ram: Pendek kata, mengikut apa sahaja definisi sekalipun, adakah situasi yang melibatkan si mati ini boleh dianggap sebagai bunuh diri, memandangkan tiada kemalangan atau tolak? Saya bertanya kerana anda seorang pakar.

Dr Hiu: Jawapan saya tetap sama, terpulang kepada mahkamah untuk menentukannya.

Ditanya mengenai bau mayat yang mereput, Dr Hiu mengakui “ia berbau busuk”, bagaimanapun pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina membantah soalan terbabit kerana ia tidak relevan. Koroner Amir Shah Amir Hassan turut membenarkan bantahan itu.

Terdahulu, satu patung bersaiz kanak-kanak dibawa masuk ke mahkamah untuk membantu pakar perubatan menerangkan kecederaan yang ditemukan pada si mati.

Dr Hiu, pakar patologi yang telah berkhidmat di Jabatan Perubatan Forensik, HQE sejak 1998, menandakan enam bahagian pada patung terbabit yang sepadan dengan kecederaan ditemukan pada badan Zara Qairina iaitu belakang kepala, tapak tangan, belakang lengan bawah, belakang siku, buku lali kanan dan kaki kiri.

Pendengaran inkues akan bersambung Isnin.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di HQE pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan polis.

Pada 8 Ogos, AGC turut mengarahkan kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings