the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tiada masalah dengan himpunan ‘Rakyat Benci Rasuah’, dua tahun pentadbiran negara bebas kes rasuah – Anwar

DENGKIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah terhadap perhimpunan bertemakan ‘Rakyat Benci Rasuah’ yang dijadual berlangsung esok, sambil menekankan komitmennya dalam memerangi gejala rasuah di semua peringkat.

Beliau berkata kebenaran sudah diberikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin Nasution baru-baru ini dilaporkan mengingatkan pihak penganjur perhimpunan di ibu negara esok, agar mematuhi setiap peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Kebenaran sudah diberikan…cuma ada tempat-tempat yang (kemudian) tidak diberi kebenaran. Bagi saya, tak ada masalah. Buatlah, nak bantah, bantahlah rasuah,” kata Anwar kepada media selepas selesai mengerjakan solat Jumaat di Pusat Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dengkil, di sini, hari ini, apabila diminta mengulas mengenai perhimpunan tersebut.

Sebelum ini, tular di laman sosial poster ‘Himpunan Rakyat Benci Rasuah’ yang mengajak orang ramai berkumpul di sebuah kompleks beli-belah di ibu negara, sebelum berarak ke Dataran Merdeka pada 2.30 petang esok bagi menuntut keadilan dan menolak kezaliman.

Anwar menegaskan isu rasuah yang dibangkitkan dalam perhimpunan tersebut wajar berlandaskan fakta dan tidak hanya memfokuskan isu-isu lama.

“Soalnya, rasuah ini yang dibangkit-bangkit sekarang – saya jadi Perdana Menteri selama dua tahun, apa dia masalah rasuah? Ini yang boleh ditumpukan.

“Dia (sesetengah pihak) bangkit soal-soal lama. Ya lah sebahagian kita selesai sebahagian tak mampu kita selesai. Bila kita bangkitkan soal kehilangan berbilion-bilion ringgit, tak ada pula suara, tak ada pula sokong, malah ada yang mempertahankan pula,” katanya.

Anwar berkata beliau komited untuk mambanteras rasuah dalam negara.

“Kalau ada mana-mana pimpinan yang terlibat, beritahu saya, tak ada masalah kita akan tekan mereka.

“Dan ini juga yang saya tekankan dalam mesyuarat Kabinet tadi. Ini kau dah bangkit soal-soal lama yang ditutup masa mereka (pemerintahan terdahulu). Jadi nak suruh saya ambil tindakan, tindakan apa? Ada yang dibangkitkan soal Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman…Itu dilepaskan masa mereka.

“Masa saya, bila SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) buka balik fail, mereka kata tak boleh teruskan. Jadi, macam mana? saya nak dihujat dan dikecam dalam soal yang saya tak terlibat?” katanya.

Namun begitu, Anwar memberi jaminan bahawa tiada toleransi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam rasuah sepanjang pentadbirannya.

“Dalam tempoh dua tahun ini, daripada peringkat rendah hingga ke peringkat tertinggi, kalau ada yang terlibat, saya tidak akan tolak ansur,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Commerce.Asia backs rise of creator-led brands with scalable execution model

Commerce.Asia executive chairman Ganesh Kumar Bangah said consumer trust is shifting away from traditional brands and increasingly toward creators, communities and personal relationships, driving the rapid rise of influencer-led businesses. However, he stressed that while launching a brand is easier today, scaling sustainably requires operational discipline, supply chain control, reliable fulfilment and structured capital planning. Speaking at the launch of vegan beauty brand Numinara by actress Diana Danielle, Ganesh said the brand’s RM1 million sales milestone in under six months highlights how creator-driven demand can translate into long-term growth when backed by strong execution and infrastructure.

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories