Monday, October 27, 2025
30.1 C
Malaysia
spot_img

Polis rakam keterangan lapan individu kes kematian pendaki Gunung Liang

The Sun Webdesk

IPOH: Polis telah memanggil lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pendaki, Mustaqqeem Mansor, yang ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang Barat dekat Tanjong Malim, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim DSP Suhaimi Muhamad berkata individu yang dipanggil terdiri daripada peserta dan rakan pendaki kepada mangsa yang turut menyertai ekspedisi berkenaan.

Beliau menyatakan tiga lagi pendaki yang belum dirakam keterangan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan.

Tiga pendaki tersebut difahamkan pulang terus selepas tiba di kaki gunung atas urusan kerja dan cuti.

Suhaimi berkata penganjur aktiviti pendakian itu juga telah dikenal pasti dan akan diminta hadir memberikan keterangan tidak lama lagi.

Beliau menegaskan siasatan setakat ini dijalankan sebagai laporan mati mengejut.

Hasil bedah siasat di Hospital Slim River mendapati punca kematian Mustaqqeem, 34, adalah akibat hipotermia atau kesejukan melampau.

Mangsa ditemukan meninggal dunia kira-kira 3.30 petang, 16 Oktober, di puncak Gunung Liang.

Jenazah mangsa kemudian dibawa keluar menggunakan helikopter AW189 milik Pasukan Khas Udara Bomba pada Jumaat lepas. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Peminat Air Force One berkumpul di Sepang sempena lawatan Trump

Ratusan peminat pesawat berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk saksikan Air Force One bawa Presiden AS Donald Trump
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img