the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kebanyakan banduan wanita rakyat Malaysia di Thailand terdiri pesalah dadah

NARATHIWAT: Kebanyakan banduan wanita melibatkan rakyat Malaysia yang dipenjarakan di Thailand terdiri pesalah dadah, kata Pakar Pengurusan Jenayah (Bahagian Wanita) Penjara Wilayah Narathiwat Panata Yononarongdetkul.

Beliau berkata kebanyakan ialah wanita berasal dari Kelantan yang tinggal berhampiran negeri bersempadan Thailand.

“Mereka ditahan kerana memiliki atau penyalahgunaan dadah. Sejak 10 tahun lepas, terdapat lebih 100 banduan wanita Malaysia dipenjarakan di Narathiwat.

“Kini hanya ada tujuh wanita Malaysia yang masih dipenjarakan termasuk seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan atas dakwaan memiliki 6,000 biji pil Yaba pada November lepas,” katanya kepada pemberita sempena lawatan khas media Kelantan ke Penjara Wilayah Narathiwat baru-baru ini.

Panata berkata petugas penjara turut mengamalkan peraturan sama seperti di Malaysia, selain prosedur operasi standard berdasarkan Hak Asasi Manusia menerusi Peraturan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Layanan Banduan-Banduan Wanita dan Tindakan-Tindakan Bukan Tahanan bagi Pesalah-Pesalah Wanita (Peraturan-Peraturan Bangkok) dalam pengendalian tahanan.

Mengulas mengenai dakwaan warga maya menerusi aplikasi TikTok kononnya penjara di wilayah ini memberikan layanan buruk beliau berkata ia adalah tidak benar sama sekali.

Sementara itu, Pengarah Penjara Wilayah Narathiwat Supt Surin Chantep berkata pihaknya sentiasa menitikberatkan soal ibadah seperti solat berjemaah, menyediakan kelas al-Quran selain memastikan makanan yang disediakan adalah halal.

“Oleh itu, kami akan memastikan banduan mendapat makanan halal dan disediakan semua keperluan untuk beribadah.

“Polisi dan peraturan yang dilaksanakan di penjara ini lebih bercorak Islamik kerana majoriti penduduk Yala, Pattani dan Narathiwat adalah 90 peratus beragama Islam,” katanya.

Surin berkata pihaknya memberikan layanan sama rata kepada banduan tidak mengira kewarganegaraan, bangsa dan agama.

“Setakat ini, pihak penjara belum menerima sebarang aduan berkaitan layanan di penjara ini terutama daripada banduan rakyat Malaysia.

“Polisi dan peraturan yang dilaksanakan di penjara ini lebih bercorak Islamik kerana majoriti penduduk di selatan Thailand adalah beragama Islam,” katanya.

Menyentuh mengenai perkembangan terkini penyanyi wanita dari Kelantan yang kini ditahan bersama suami dan empat rakannya di penjara ini, Surin berkata keadaan mereka dalam keadaan baik dan sihat.

Beliau berkata penyanyi berkenaan menerima lawatan daripada keluarganya seminggu sekali.

Pada November lepas, penyanyi berkenaan antara enam individu ditahan Polis Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Golok, Thailand.

Penahanan penyanyi berusia 20-an bersama lima lagi individu itu bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings