the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
33.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

FAM gantung setiausaha agung, tubuh jawatankuasa bebas siasat isu pemain warisan

PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM) menggantung Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman serta-merta susulan keputusan tatatertib berkaitan isu dokumentasi melibatkan kelayakan tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya.

Timbalan Presiden FAM Datuk S. Sivasundaram berkata pihaknya turut menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu berkenaan yang menggoncang landskap bola sepak tempatan baru-baru ini.

Beliau menyatakan keputusan menggantung Noor Azman dibuat bagi memastikan ketelusan dan membolehkan jawatankuasa itu menjalankan siasatan terperinci tanpa sebarang campur tangan.

“Kita melantik jawatankuasa bebas khusus untuk menyiasat dan kita tidak mahu Setiausaha Agung bertugas ketika siasatan berjalan kerana kita mahu siasatan telus,” katanya pada sidang media di sini.

Sivasundaram menegaskan Setiausaha Agung sebagai ketua sekretariat telah mengambil tanggungjawab dan perlu direhatkan buat sementara waktu sehingga siasatan selesai.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend serta peguam sukan antarabangsa dari Geneva, Serge Vittoz yang mewakili FAM.

Sivasundaram berkata jawatankuasa bebas itu tidak akan membabitkan mana-mana pegawai FAM dan akan ditugaskan meneliti di mana berlaku kepincangan dalam proses dokumentasi serta penghantaran borang.

Beliau menambah FAM kini menunggu perkembangan seterusnya berhubung proses rayuan yang telah dikemukakan kepada FIFA pada Selasa lepas.

“FAM berpendirian bahawa pemain-pemain ini dinaturalisasikan secara sah mengikut undang-undang Malaysia,” katanya.

Bulan lalu, FAM dan tujuh pemain naturalisasi dihukum oleh Jawatantua Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.

FIFA memaklumkan FAM telah mengemukakan dokumen yang dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan pemain-pemain terbabit untuk beraksi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu.

Susulan itu, FAM dikenakan denda CHF 350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF 2,000 (sekitar RM10,560) dan digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.

Dalam penjelasan sebelum ini, FAM menyatakan berlaku kesilapan teknikal dalam proses penghantaran dokumen melibatkan tujuh pemain berkenaan yang dilakukan oleh seorang pegawai pentadbiran.

FAM turut tidak menolak kemungkinan membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan sekiranya rayuan di peringkat FIFA tidak membuahkan hasil positif. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Federal court sets Oct 8 to hear Zahid, AG’s bid to block Malaysian Bar’s...

The Federal Court has set Oct 8 to hear applications by Zahid Hamidi and the Attorney-General seeking leave to appeal against a Court of Appeal ruling that allowed the Malaysian Bar to challenge the Yayasan Akalbudi case discontinuation

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings