the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan – Fadillah

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan bagi memastikan lebih banyak projek terutamanya melibatkan infrastruktur kemudahan rakyat di negeri itu dapat disiapkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata fokus itu diletakkan kerana pelaksanaan projek di negeri itu berdepan pelbagai masalah serta kekangan, sehingga rakyat tidak dapat menikmatinya meskipun Sabah menerima peruntukan terbanyak dalam belanjawan tahunan negara.

“Misal kata RM6.6 bilion (peruntukan) untuk Sabah (dalam Belanjawan 2024) tetapi kadang-kadang hanya dapat dibelanjakan dalam RM4.5 bilion atau RM4.6 bilion, sebab itu kita nak melihat bagaimana nak pastikan peruntukan diluluskan itu dapat pelaksanaan projek dengan baik supaya projek siap bukan hanya untuk ekonomi Sabah tetapi lebih penting kemudahan rakyat disempurnakan.

“Kita akan pantau secara rapi apa sahaja masalah melibatkan tanah dan sebagainya, kita cari jalan bersama antara kerajaan Persekutuan dan negeri supaya kita dapat kurangkan segala permasalahan bagi melaksanakan projek ini,“ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu Fadillah mewakili kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyerahkan enam projek siap melibatkan kos bernilai RM65.5 juta kepada Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk kerajaan Sabah.

Belanjawan 2024 menyaksikan Sabah menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM6.6 bilion, dan jumlah itu meningkat kepada RM6.7 bilion dalam Belanjawan 2025.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata pada masa ini tiada sasaran jumlah projek siap diletakkan tahun depan namun beliau mahu semua pihak terlibat berusaha sebaik mungkin untuk meminimumkan projek lewat siap, dan memaksimumkan jumlah yang dapat disiapkan.

Ditanya tentang masalah dihadapi dalam melaksanakan projek di Sabah, Fadillah berkata ia termasuk masalah tanah tidak dapat disediakan, tanah disediakan tetapi tidak sesuai antaranya kerana ia berada dalam kawasan bencana banjir, dan masalah kontraktor.

“Masalah paling besar ialah pelaksanaan dari segi kontraktor. Mereka mempunyai masalah dalam soal kewangan, perancangan dan kepakaran. Ada juga kekurangan bahan, kami dimaklumkan kadang-kadang ada masalah bekalan simen…juga masalah dalam soal kepakaran dari segi pekerja, jurutera, profesional, semi-profesional malah buruh.

“Projek berdepan masalah (di Sabah) antaranya (projek) bekalan air luar bandar, kemudahan asas, begitu juga jalan luar bandar dan juga sekolah-sekolah. Masalah yang kita kenal pasti bukan begitu besar dan boleh diselesaikan, tetapi ada juga masalah kontraktor tidak dapat diselamatkan (tiada kemampuan) menyebabkan projek itu tidak dapat disiapkan,“ katanya.

Fadillah berkata apabila projek itu tidak dapat disiapkan dan memerlukan lantikan kontraktor baharu, ia memerlukan tambahan kos menyebabkan peruntukan yang disediakan tidak cukup, manakala proses mendapatkan peruntukan baharu memerlukan masa lebih panjang.

“Terdapat 17 projek sakit dan lewat di Sabah, manakala 420 projek dalam prapelaksanaan. Tetapi daripada 420 projek (prapelaksanaan) ada sudah bermula tetapi lambat kemaskini laporan, jadi dengan mesyuarat koordinasi, kita dapat kemaskini, terkini kita tahu ada projek ini mula di tapak, sudah keluar tender, dalam penilaian dan pelbagai lagi,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

CG Capital, the leader in branded residences in Thailand, marks milestone success for InterContinental...

CG Capital announced strong early demand for InterContinental Residences Bangkok Asoke, with over 60% of units reserved before its official launch. The luxury branded residence reflects growing confidence in Thailand's high-end property market despite ongoing global economic uncertainty.

FastMed HK welcomes Greater Bay Area visitors to access doctor assessment and prescription dispensing...

FastMed HK is expanding access to online doctor assessments and prescription dispensing for Hong Kong residents and Greater Bay Area visitors, offering a structured digital healthcare pathway with e-prescriptions, medicine delivery or collection, and privacy-focused services for various prescription-based healthcare needs.

Gorilla Technology raises Q2 2026 revenue outlook to at least US$44 million, driven by...

Gorilla Technology expects Q2 2026 revenue of at least US$44 million, significantly above market estimates, driven by contract execution and rising demand for AI infrastructure. The outlook represents more than 55% sequential growth and over 100% year-on-year revenue growth.

RZOLV reports preliminary positive laboratory results for sequential copper and gold extraction from selected...

RZOLV Technologies reported encouraging preliminary laboratory results using its proprietary RZOLV™ platform, achieving strong sequential copper and gold recoveries from selected low-grade copper-gold samples. The findings support further optimisation and evaluation of a feed-specific processing approach for future commercial applications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings