the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita dikhuatiri lemas, motosikal ditemukan di Tebing Sungai

ALOR SETAR: Seorang wanita dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai dan lemas setelah motosikal miliknya ditemukan di tebing Sungai Titi Haji Idris, Kampung Alor Sekawan, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata wanita berusia 37 tahun itu tidak datang bekerja dan majikannya memaklumkan perkara itu kepada waris yang cuba menghubungi nombor telefon mangsa, namun gagal.

“Bagaimanapun, motosikal milik mangsa telah ditemui di tebing sungai pada pukul 9.15 pagi. Bimbang dengan keselamatan mangsa, waris telah membuat laporan pada pukul 10.13 pagi tadi,“ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Polis Langgar dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bersama anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan Angkatan Pertahanan Awam Kota Setar telah ke lokasi kejadian.

“Sehingga pukul 3.45 petang tadi, operasi pencarian mangsa masih dijalankan di lokasi motosikal miliknya dijumpai, namun mangsa masih belum ditemui. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.

“Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil memberikan keterangan dengan menghubungi Ketua Polis Balai Langgar SM Ku Fauzi Ku Bakar di talian 011-5503352 atau 04-7747222,“ katanya.

Sementara itu, Ketua BBP Jalan Raja Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar mangsa dikhuatiri lemas atau hanyut dan pasukan penyelamat di air (PPDA) Jitra telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pencarian mangsa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings