Saturday, November 8, 2025
30.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dua lot tanah Pulau Pinang tidak terlepas tanpa persetujuan awal Lim Guan Eng

The Sun Webdesk

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu dua lot tanah di Bandar Tanjung Pinang, Pulau Pinang tidak akan terlepas secara salah sehingga menyebabkan kerajaan negeri itu mengalami kerugian sekiranya tiada persetujuan awal antara Lim Guan Eng dengan dua ahli perniagaan.

Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Zulhilmi Ramli berkata dua ahli perniagaan itu ialah Pengarah Urusan Ewein Zenith Sdn Bhd Datuk Ewe Swee Kheng dan Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Zulhilmi berkata berdasarkan siasatannya, Ewe berjumpa dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada 2011 untuk bertanyakan mengenai tanah kerajaan yang boleh diteroka.

Tertuduh memaklumkan kepada Ewe bahawa beliau akan mencari satu projek negeri yang cara pembayarannya kepada kontraktor projek adalah melalui pertukaran tanah.

Apa yang perlu Ewe lakukan adalah berurusan dengan kontraktor tersebut untuk menjual tanah pada syarikat Ewe.

Inilah yang berlaku dalam kes ini di mana Lot 702 tersebut sememangnya diperoleh oleh Ewe.

Berkaitan bayaran jualan tanah Lot 702, siasatan mendapati CZCSB menjual tanah tersebut kepada EZSB dengan harga jualan dipersetujui iaitu 133 juta ringgit.

Saksi pendakwaan ke-38 itu berkata mengikut perjanjian jual beli, EZSB perlu membayar kepada CZCSB sebanyak 60 peratus atau 79.8 juta ringgit dahulu.

Baki 53.2 juta ringgit akan dibayar selepas pembangunan City of Dream di atas tanah tersebut siap.

Zulhilmi, yang juga pegawai penyiasat kes itu, berkata jika tiada perjanjian awal antara Ewe, Zarul Ahmad dan Lim, maka lot tanah 702 dan 713 tidak akan terlepas secara salah kepada Ewe.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan mengalami kerugian sekiranya tiada perjanjian awal tersebut.

Lebih memelikkan, Ewe berani membuat bayaran seawal November 2013 kepada syarikat Zarul Ahmad walhal tiada sebarang kepastian syarikat Zarul Ahmad akan mendapat lot tanah 702.

Beliau berkata pada 6 Oktober 2013, perjanjian awal untuk projek pembinaan tiga jalan utama dan terowong Pulau Pinang ditandatangani antara kerajaan negeri yang diwakili Lim dengan Zarul Ahmad.

Zarul Ahmad juga merupakan Pengerusi Consortium Zenith Bejing Urban Construction Group Sdn Bhd.

CZBUCG juga membuat perjanjian lantikan sebuah syarikat bagi menjalankan projek kajian dan seterusnya pembinaan tiga jalan utama dan terowong Pulau Pinang ini.

Dalam perjanjian awal, projek dimulakan dengan kajian kebolehlaksanaan bernilai 305.88 juta ringgit.

Sebagai bayaran, sebahagian daripada dua lot tanah iaitu Lot 702 atau 713, Bandar Tanjung Pinang ditawarkan.

Saya juga mengambil kira pihak BUCG daripada awal lagi menjangkakan kesukaran akan dihadapi berhubung kajian pembinaan terowong dasar laut untuk projek link ketiga sebagaimana mesyuarat pada 10 Mei 2011.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 64, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukan beliau untuk menerima 3.3 juta ringgit.

Beliau didakwa membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai 6.341 billion ringgit antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah.

Beliau didakwa membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai 208.8 juta ringgit dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.

Pertuduhan tersebut didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan kes di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 29 Oktober ini.– Bernama

Related

spot_img

Latest

Wang shines with stunning 64 as Moutai Singapore Open makes its return

Korea’s Jeunghun Wang made a statement return as he fired an eight-under-par 64 to seize the opening-day lead at the Moutai Singapore Open, marking the event’s comeback after a two-year absence. The 30-year-old carded nine birdies and a lone bogey at the Singapore Island Country Club (SICC) — hosting the tournament for the first time in 25 years. Wang, who last lifted a title almost eight years ago, said he’s eager to end his drought after a strong all-round display, especially with his “hot putting” and “solid ball-striking.” He leads by one shot ahead of Thailand’s Kiradech Aphibarnrat and Gunn Charoenkul, as well as Kieran Vincent from Zimbabwe, all tied at 65.

Jaecoo J5 EV launched in Indonesia

Jaecoo has officially introduced the all-electric J5 EV in Indonesia, signalling another major step in the brand’s regional expansion within Southeast Asia’s fast-growing EV market. The SUV is offered in two trims — the Standard, priced at 249.9 million rupiah (around RM63,000), and the Premium, at 299.9 million rupiah (around RM75,000). These launch prices are exclusive to the first 1,000 buyers, making the J5 EV one of the most accessible electric SUVs in the segment. Both variants share a similar powertrain setup, featuring a front-mounted electric motor that produces 211 PS and 288 Nm of torque, powered by a 60.9 kWh battery pack. With this configuration, the J5 EV can sprint from 0 to 100 km/h in just 7.7 seconds and offers an impressive driving range of up to 461 km based on the NEDC cycle.

Most Viewed

Wang shines with stunning 64 as Moutai Singapore Open makes its return

Korea’s Jeunghun Wang made a statement return as he fired an eight-under-par 64 to seize the opening-day lead at the Moutai Singapore Open, marking the event’s comeback after a two-year absence. The 30-year-old carded nine birdies and a lone bogey at the Singapore Island Country Club (SICC) — hosting the tournament for the first time in 25 years. Wang, who last lifted a title almost eight years ago, said he’s eager to end his drought after a strong all-round display, especially with his “hot putting” and “solid ball-striking.” He leads by one shot ahead of Thailand’s Kiradech Aphibarnrat and Gunn Charoenkul, as well as Kieran Vincent from Zimbabwe, all tied at 65.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img