the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Meta, MCMC teruskan perbincangan pelesenan media sosial perangi jenayah pedofilia – Fahmi

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI akan terus memastikan platform media sosial tegas dalam menangani jenayah dalam talian demi memastikan Internet yang lebih selamat untuk semua, terutamanya kanak-kanak dan keluarga, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Dalam pertemuannya bersama pihak Meta petang semalam, Fahmi berkata beliau telah menegur pihak tersebut kerana masih gagal menangani jenayah pedofilia dan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) khususnya di platform Facebook.

“Meta perlu jauh lebih proaktif dalam membanteras kumpulan-kumpulan di akaun media sosial Meta yang menjurus kepada aktiviti jenayah seksual tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pertemuan itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, serta Pengarah Dasar Awam Meta Asia Tenggara Rafael Frankel dan pasukan Meta.

Menurut Fahmi, perbincangan yang diadakan berkisar kepada kesiapsiagaan semua pihak bagi penguatkuasaan pelesenan platform media sosial dan sistem pemesejan Internet bermula 1 Jan 2025.

Katanya pihak Meta menyuarakan pandangan mengenai pematuhan yang perlu dipenuhi untuk melaksanakan syarat-syarat ditetapkan, termasuk Kod Tatalaku dan Akta Keselamatan Dalam Talian belum mereka teliti sepenuhnya.

“Saya telah mengingatkan Meta bahawa niat kerajaan mengenakan lesen ini adalah untuk menangani isu jenayah yang berhijrah ke media sosial, termasuk jenayah penipuan, judi dalam talian, buli siber, dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

“Namun, saya memberi komitmen untuk mendengar pandangan semua platform media sosial, memandangkan lesen yang bakal dikenakan adalah lesen kelas (Class License),” katanya.

Selain itu, lesen berkenaan dikenakan kepada semua platform yang memenuhi syarat-syarat termasuk yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna di Malaysia.

Beliau berkata pihak Meta telah bersetuju untuk menyediakan maklum balas kepada draf Kod Tatalaku yang telah diterbitkan pada 22 Okt lepas dan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan MCMC pada awal minggu depan untuk meneliti beberapa aspek dengan lebih terperinci.

“Saya terima baik kesediaan pihak Meta untuk terus bekerjasama dalam isu pelesenan ini,” kata Fahmi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Asean may consider adjustments to Myanmar peace framework: Foreign Minister

Asean may consider adjustments to the Five-Point Consensus (5PC) if necessary in order to break the long-standing deadlock in Myanmar, Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan told the Dewan Rakyat.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings