the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia sasar lengkapkan Pelan Tindakan Teknologi AI dalam 12 bulan – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan untuk melengkapkan Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini adalah satu daripada dapatan utama berkaitan teknologi yang disasarkan dalam tempoh berkenaan, dan berharap sasaran itu mampu dicapai lebih awal.

“Apabila saya kata 12 bulan, ia cadangan menteri, bagi saya tiada sebab untuk tunggu 12 bulan, sepatutnya enam bulan boleh siap,” katanya ketika berucap pada majlis Mantap Malaysia Bersama AI, A Google For Malaysia Event di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Anwar berkata kerajaan juga akan mempercepatkan penggunaan teknologi AI dalam sektor-sektor utama di seluruh Malaysia, sambil menyatakan bahawa dengan menerima teknologi tersebut, agensi-agensi kerajaan dapat mengoptimumkan proses, mengurangkan kos, dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

“Contoh ketara ialah penciptaan platform DELIMa oleh Kementerian Pendidikan melalui teknologi awan Google. Saya telah melihatnya, ia sangat mengagumkan dan memberi sumbangan besar dalam meningkatkan standard pendidikan serta mengubah pengalaman pendidikan.

“Saya gembira untuk menyatakan bahawa 5.5 juta pelajar dan guru di Malaysia hari ini menggunakan platform DELIMa. Usaha ini wajar dicontohi oleh seluruh jentera kerajaan, di mana sesuai, saya akan membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Kabinet esok (Rabu),“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Senior living project partners AIA unit

Eden at Botanica CT, a nursing care residence and a low-density active living resort, has partnered with AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd (APAM) to integrate retirement savings into its senior living development in Balik Pulau, with purchasers receiving a RM25,000 contribution into a Private Retirement Scheme (PRS) fund.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings