the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Paip pecah: Gangguan bekalan air tidak berjadual di 29 kawasan di KL

KUALA LUMPUR: Sebanyak 29 kawasan di sekitar ibu negara mengalami gangguan air tidak berjadual bermula 6 pagi tadi akibat kerja-kerja pembaikan kecemasan paip pecah di Hab Pasar Seni di sini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terjejas termasuk Apartment Putra Ria, Brickfields, Bukit Bandaraya, Bukit Bangsar, Bukit Damansara, Bukit Persekutuan, Bukit Tunku, Damansara Heights, Damansara Town Centre, Idamansara dan Jalan Sultan Hishammuddin.

Kerja-kerja pembaikan dijadualkan selesai menjelang 1 pagi esok dan bekalan air akan disalurkan secara berperingkat setelah sistem pengedaran bekalan air utama stabil.

“Tempoh pemulihan bekalan air adalah berbeza, bergantung kepada lokasi premis pengguna dan tekanan air. Namun bekalan dijangka pulih sepenuhnya menjelang 1 petang esok,” menurut kenyataan itu.

Air Selangor memaklumkan lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan rumah mayat.

Pengguna boleh mendapatkan perkembangan mengenai gangguan bekalan menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor atau laman web www.airselangor.com.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings