the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

ASEAN perlu kekal sebagai blok berkecuali bagi rangsang pelaburan serantau – Tengku Zafrul

VIENTIANE: ASEAN perlu kekal sebagai sebuah blok berkecuali bagi menghadapi impak ketegangan geopolitik global dalam usaha merangsang pelaburan asing di rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ketika menegaskan pendirian itu, beliau berkata blok serantau berkenaan juga perlu memastikan aspek keterangkuman dan keterbukaannya menjadi faktor penarik bagi meningkatkan pelaburan, di samping memberi penekanan terhadap aspek kelestarian.

“Kita berdagang dan berkawan dengan semua negara Eropah, negara barat dan juga negara BRICS seperti China, Rusia dan sebagainya.

“Pada masa sama (kita juga berdepan) isu ekonomi dunia dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia yang nampaknya lebih perlahan daripada dijangkakan,“ katanya pada sesi bersama media Malaysia, di sini semalam.

Tengku Zafrul dan delegasi kementeriannya tiba di Laos pada 6 Oktober lepas bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula hari ini sehingga 11 Oktober.

Beliau turut menyertai Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-24 semalam.

Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata di sebalik ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global, ASEAN masih menerima pelaburan yang tinggi walaupun pelaburan langsung asing (FDI) global menurun.

“Kita (mencatat perkembangan) bertentangan dengan trend, jadi ini adalah sesuatu yang positif. Isu lain adalah tarif yang mungkin digunakan untuk melindungi sesetengah pasaran dan menyebabkan pentingnya bagi ASEAN untuk terus berbincang dengan blok lain, terutama platform pelbagai hala seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),“ katanya.

Selain itu, katanya, Pelan Strategik AEC 2026-2030 yang kini sedang dirangka, dijangka dibentangkan pada Mei 2025 yang bertepatan dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.

Beliau juga menyifatkan pelan itu penting bagi memastikan ekonomi ASEAN terus berkembang dalam julat 4.0-5.0 peratus pada 2030 dan muncul sebagai blok ekonomi keempat terbesar dunia.

“Pada masa ini kita merupakan blok ekonomi kelima terbesar dan jumlah populasi ASEAN pun mencecah 680 juta dengan hampir separuh daripadanya di bawah usia 30 tahun.

“Oleh itu, kita perlu fokus kepada agenda pasca 2025, kita mahu perkuatkan ASEAN dan ketengahkan kelebihan dan keunikan kita sebagai sebuah blok,“ katanya.

Pada mesyuarat Majlis AEC, Tengku Zafrul berkata beliau telah memberi penekanan kepada usaha meningkatkan perdagangan intra-ASEAN yang ketika ini dalam lingkungan 23-24 peratus.

ASEAN juga katanya, perlu memberi perhatian kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi kira-kira 89-99 peratus daripada jumlah keseluruhan syarikat di blok serantau itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tiba malam ini bagi menghadiri sidang kemuncak berkenaan.

Pada 11 Oktober, Laos sebagai Pengerusi ASEAN 2024 akan secara rasmi menyerahkan jawatan kepengerusian berkenaan kepada Malaysia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings