the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cadangan kembalikan 20 peratus tanah pajakan kepada kerajaan masih diteliti – Zahid Hamidi

PUTRAJAYA: Cadangan agar syarikat-syarikat perladangan yang telah tamat tempoh pajakan mengembalikan 20 peratus daripada keluasan tanah kepada kerajaan masih dalam penelitian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu memerlukan pandangan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu, dan tanah yang dimaksudkan tidak termasuk plot industri atau kebun, sebaliknya hanya tanah perladangan.

“Ia harus mendapat pandangan daripada kerajaan negeri, kerana kuasa berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya kepada media selepas menghadiri Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia CARS 2024 (Asia Road Safety) di sini hari ini.

Beliau berkta demikian sebagai penjelasan kepada cadangan yang dikemukakannya semalam agar syarikat-syarikat yang ingin menyambung pajakan mereka dengan kerajaan, mengembalikan 20 peratus daripada keluasan tanah yang dipajak jika mereka mahu meneruskan pajakan tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Jawatankuasa Pemandu) Majlis Ekonomi Bumiputera berkata cadangan itu, adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membolehkan rakyat mendapat faedah daripada tanah yang dikembalikan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings