the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi tangkap buaya, kawasan sekitar tasik Shah Alam ditutup sementara

SHAH ALAM: Kawasan rekreasi di sekitar Tasik Shah Alam Seksyen 7 di sini ditutup sementara bermula 8 malam ini bagi membolehkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menjalankan operasi menangkap buaya.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan memaklumkan sepanjang penutupan itu, aktiviti memancing tidak dibenarkan sama sekali.

“Penutupan sementara ini akan membabitkan aktiviti rekreasi di sekitar Tasik Shah Alam seperti berjoging bermula 8 malam hingga 7 pagi iaitu sehingga operasi menangkap buaya selesai.

“Langkah ini diambil bagi memastikan keadaan sekeliling yang lebih sunyi semasa operasi selain memastikan keselamatan orang awam dan mengelakkan sebarang insiden tidak diingini,“ menurut kenyataan itu.

Menurut MBSA gerai makanan masih lagi dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tamat operasi perniagaan pada 7 malam.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila berada di kawasan Tasik Shah Alam sehingga operasi menangkap buaya selesai dijalankan.

Sebelum ini, Perhilitan Selangor dilaporkan memasang dua perangkap di tasik berkenaan bagi menangkap reptilia itu manakala MBSA memasang jaring di lima saluran air bagi mengelak haiwan berkenaan terlepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings