the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Singapura tingkatkan langkah keselamatan di semua pusat pemeriksaan

SINGAPURA: Singapura sedang meningkatkan pemeriksaan keselamatan di semua pusat pemeriksaan darat, udara dan laut dari 9 hingga 14 September ini.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan pemeriksaan keselamatan yang dipertingkatkan ke atas pengembara dan kenderaan yang tiba di pusat pemeriksaan darat, udara dan laut berikutan situasi keselamatan yang semakin meningkat di rantau ini.

“Pengembara harus menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan berikutan pemeriksaan yang dipertingkatkan dan mengambil kira masa tambahan untuk urusan imigresen,“ menurut ICA dalam hantaran di laman Facebook rasminya.

Agensi itu bagaimanapun tidak memperincikan sebab di sebalik langkah keselamatan berkenaan.

Paus Francis dijadual melawat Singapura dari 11 hingga 13 September untuk pusingan terakhir lawatannya ke Asia Pasifik.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings