the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes Muhyiddin: Laporan polis dibuat oleh Istana Pahang, kerajaan tidak masuk campur – Fahmi

PUTRAJAYA: Pertuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Hasutan di mahkamah baru-baru ini bukan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pihak kerajaan sebaliknya wakil Istana Pahang.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak masuk campur dalam hal itu.

“…penting diingatkan, laporan polis yang asal adalah dari Istana Pahang sama seperti kes hasutan yang dikenakan terhadap Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor)… laporan polis dibuat oleh wakil dari Istana Selangor,“ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Justeru itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya mengelak daripada membangkitkan isu berkaitan raja, agama dan kaum.

Mengulas mengenai dakwaan kononnya Akta Hasutan dijadikan alat pendakwaan politik ke atas para pemimpin PN, Fahmi berkata perkara itu adalah tidak benar.

Beliau berkata akta itu adalah bagi melindungi Institusi Raja-Raja memandangkan ia tiada forum untuk menjawab tomahan dan berdebat seperti Ahli Parlimen, ahli politik mahupun orang awam.

“Jadi di situ pemikiran dan pendirian kerajaan, kita kena pastikan Institusi Raja-Raja ini bukan hanya berdaulat tapi juga dipertahan,“ katanya.

Semalam, Muhyiddin didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Gua Musang susulan ceramah beliau yang dikatakan menyentuh isu 3R dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri.

Muhyiddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings