the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anjur bengkel bentangkan idea penswastaan Harimau Malaya – Presiden FAP

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta mengadakan bengkel untuk ahli gabungan mereka bagi membincangkan idea penswastaan pasukan bola sepak lelaki kebangsaan.

Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) Mohd Azizudin Mohd Shariff turut memohon agar FAM membincangkan idea itu dengan terperinci dan membentangkannya kepada Kongres FAM.

“Perkara ini perlu dibawa kembali kepada ahli gabungan untuk diteliti secara menyeluruh. Jika perlu, adakan bengkel untuk membincangkan segala aspek persediaan pasukan kebangsaan dan laluan kerjaya bagi pelatih di peringkat akar umbi.

“Jika dapatan daripada bengkel menjurus kepada impak yang lebih baik kepada pasukan kebangsaan, teruskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walaupun menganggap cadangan menswastakan Harimau Malaya sebagai murni, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak Abang Zulkarnain Abdurahman pula meminta pucuk pimpinan FAM memikirkan semasak-masaknya implikasi dasar sebegitu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Abang Zulkarnain yang pernah menjawat jawatan Penolong Setiausaha Agung FAM turut menggesa agar FAM dan urus setianya melakukan kajian perbandingan dengan negara lain serta analisis yang mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap idea berkenaan.

“FAM juga harus melihat sama ada kaedah terdahulu seperti akaun berbeza untuk pengurusan skuad Barcelona 1992 dan skuad Projek Piala Dunia Belia 1997 cukup berkesan atau apakah ada keperluan untuk satu pasukan tadbir urus berbeza mengendalikan Harimau Malaya,” katanya.

Setiausaha Persatuan Bolasepak Selangor Izrin Nabil Ismail pula mahu FAM tidak terburu-buru seandainya cadangan itu masih lagi di peringkat perbincangan selain berpendapat ahli gabungan perlu diberi hak bersuara dalam menentukan dasar dan hala tuju bola sepak tempatan.

“Walaupun pucuk pimpinan FAM diberi mandat membuat keputusan-keputusan tertentu berhubung hala tuju bola sepak negara, sebarang dasar membabitkan Harimau Malaya perlu mengambil maklum balas pemegang taruh lain,“ katanya.

Dalam satu perkongsian di laman sosial baru-baru ini, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail melontarkan idea agar pasukan kebangsaan bergerak berasingan atau dalam erti kata lain diswastakan, termasuk berkongsi sistem, peranan dan carta organisasi badan bebas itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HONMA Golf FY2025/26 Results Remained Resilient Sales and Net Profit Showed Visible Improvements

HONMA Golf posted resilient FY2025/26 results with higher revenue and a return to profit, supported by strong growth in Korea, successful product launches, improved distribution channels, and continued investment in innovation and brand development.

From Millennium Xuan Paper to Contemporary Visual Storytelling: China’s Intangible Cultural Heritage Sets Off...

The drama Zhong Mo Yuan brings UNESCO-recognised Xuan paper-making to contemporary audiences, using visual storytelling to highlight China's intangible cultural heritage while promoting cultural preservation, craftsmanship, and international appreciation.

Europe and China must pivot from tech rivalry to constructive engagement in AI era,...

European and Chinese leaders called for constructive AI collaboration instead of technological rivalry, emphasising responsible governance, innovation, and cross-border cooperation to address challenges in energy, healthcare, manufacturing, and global AI development.

MyRepublic and TP-Link sign MOU to strengthen SME connectivity in Singapore

MyRepublic and TP-Link have formalised a strategic partnership to deliver advanced networking solutions, early product access, and enhanced connectivity bundles that support the digital transformation of SMEs in Singapore.

VinEnergo partners with SunAsia Energy to develop solar-on-water projects integrated with aquaculture in the...

VinEnergo and SunAsia Energy will develop three Solar-on-Water projects totalling 422MWp in the Philippines, supplying clean electricity to around 278,000 households while integrating renewable energy generation with sustainable aquaculture.

Results of the IX Digital Asset Industry Classification System (“DAICS®”) 1H 2026 Review

IX Asia Indexes today announced the 1st Half 2026 Review of the IX Digital Asset Industry Classification System ("DAICS®"), aiming to provide professionals worldwide with a transparent and standardized classification scheme to determine sector and exposure of particular digital assets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings