the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji

KUALA LUMPUR: Jaguh angkat berat negara Mohamad Kasdan menebus kekecewaannya di Sukan Olimpik Paris 2024, apabila merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) DI Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.

Lebih manis, badang berusia 22 tahun itu turut melebur rekod kebangsaan selepas menyempurnakan angkatan keseluruhan 298kg, mengatasi angkatan 297kg yang dilakukannya di Paris 2024, untuk menduduki tempat keempat.

Pingat perak dimenangi Morea Baru dari Papua New Guinea dengan angkatan keseluruhan 265kg manakala gangsa milik seorang lagi badang negara Mohammad Amin Hakimi Mohd Shukry dengan 243kg.

Seorang lagi wakil negara Muhammad Rahimi Sulaiman turut menyumbang pingat emas dalam kategori 55kg selepas melakukan angkatan keseluruhan 228kg.

Beliau menewaskan dua pencabar dari India, A Maharajan yang membawa pulang perak (217kg) dan Dabulal Hembrom gangsa (202kg).

Kejohanan yang disertai 210 jaguh angkat berat dari 25 negara bermula hari hingga 21 Sept.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings