the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK Mahkota: Ahmad Zahid nafi berlaku perebutan untuk jadi calon

JOHOR BAHRU: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa kononnya terdapat perebutan dalaman melibatkan sayap Pemuda dan Wanita berhubung calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata keputusan akhir mengenai calon akan dimuktamad oleh beliau selaku kepimpinan tertinggi parti dan gabungan tersebut.

“Tiada perebutan calon, yang menentukan adalah Pengerusi BN,“ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas khabar angin kononnya berlaku perebutan antara kedua-dua sayap parti itu sebelum ini.

Ahmad Zahid berkata nama calon bagi PRK itu akan dimuktamad sebelum 14 Sept ini bersesuaian dengan strategi yang sedang dirangka.

Beliau berkata paling penting BN berhasrat memenangi PRK itu sekali gus mempertahan majoriti yang diperoleh penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

“Jumlah pengundi di DUN Mahkota adalah tiga kali ganda berbanding DUN Nenggiri, jadi lain padang lain belalang maka pendekatan juga harus berbeza. Di Nenggiri hanya ada 19 pengundi Cina manakala di DUN Mahkota, 34 peratus pengundi adalah masyarakat Cina.

“Jadi DAP ada peranan, begitu juga MCA. Selain itu, sebanyak lapan peratus pula adalah pengundi India, jadi kita juga memerlukan kerjasama MIC dan parti-parti Sahabat BN,“ katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 Sept.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian Sharifah Azizah, 63, pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Pada Pilihan Raya Negeri 2022, Sharifah Azizah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor menang dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan Muhammad Taqiuddin Cheman Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings