the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Umno Sabah – Tiada perpecahan hanya perbezaan pendapat: Bung Moktar

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan dakwaan berlaku perpecahan dalam parti itu di negeri berkenaan terutama membabitkan beliau dan timbalannya Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata dakwaan itu hanya persepsi sesetengah pihak.

“Umno Sabah kita tidak ada perpecahan. Perbezaan pendapat itu memang ada dan kita menghormati perbezaan pendapat antara satu sama lain tetapi akhirnya Umno perlu memutuskan sesuatu untuk mencapai kerajaan,” katanya kepada Bernama.

Bung Moktar berkata ketika ini fokus Umno dan BN Sabah adalah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlaku bila-bila masa sahaja.

Beliau berkata perkara ini amat penting ketika Umno Sabah ketika ini menggalas dan menyahut cabaran pucuk pimpinan parti untuk BN menang besar dan Umno kembali menjadi kuasa dominan dalam kerajaan pada PRN Sabah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings