the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian, jabatan diarah tubuh JP4 Pantau Penyampaian Perkhidmatan Awam

PUTRAJAYA: Setiap kementerian, jabatan dan agensi perlu menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Penambahbaikan Penyampaian Perkhidmatan (JP4) untuk memantau pelaksanaan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan di peringkat masing-masing.

Arahan ini, susulan penekanan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos lepas, mengenai kepentingan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dengan kadar segera.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Anesee Ibrahim berkata perkara itu melibatkan proses kerja sedia ada yang perlu ditambah baik, serta peraturan-peraturan dan piagam pelanggan yang wajar dikemas kini supaya lebih menepati keperluan rakyat.

“Arahan itu bertujuan untuk memperkemas dan memperkukuh usaha pemantapan tatakelola dalam sistem pengurusan penyampaian perkhidmatan kerajaan,“ katanya menerusi surat edaran yang ditandatanganinya bertarikh pada 19 Ogos.

Beliau berkata bagi memastikan inisiatif itu dilaksanakan secara teratur, JP4 kementerian, jabatan dan agensi perlu menghantar laporan prestasi penyampaian perkhidmatan kepada Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam (BPPD JPA).

“Laporan secara berkala perlu dihantar setiap tiga bulan bagi tujuan pelaporan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA),“ katanya.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu diharap dapat diberikan perhatian sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berintegriti dapat direalisasikan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology raises Q2 2026 revenue outlook to at least US$44 million, driven by...

Gorilla Technology expects Q2 2026 revenue of at least US$44 million, significantly above market estimates, driven by contract execution and rising demand for AI infrastructure. The outlook represents more than 55% sequential growth and over 100% year-on-year revenue growth.

RZOLV reports preliminary positive laboratory results for sequential copper and gold extraction from selected...

RZOLV Technologies reported encouraging preliminary laboratory results using its proprietary RZOLV™ platform, achieving strong sequential copper and gold recoveries from selected low-grade copper-gold samples. The findings support further optimisation and evaluation of a feed-specific processing approach for future commercial applications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings