the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga pelajar dikhuatiri hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Kayan

KUCHING: Tiga pelajar sekolah hilang sementara 15 orang lagi berjaya menyelamatkan diri dalam satu kejadian bot karam di Sungai Kayan Kampung Selampit di Lundu, kira-kira 72 kilometer dari sini hari ini.

Menurut maklumat awal Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, mangsa yang hilang terdiri daripada dua pelajar perempuan berusia 14 dan 17 tahun serta seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun.

“Terdapat 15 pelajar berjaya menyelamatkan diri, manakala tiga lagi mangsa masih belum dijumpai dan kerja-kerja pencarian masih dilakukan oleh penduduk kampung,“ kata jurucakap PGO hari ini.

Jurucakap itu berkata ketika kejadian bot tersebut dinaiki 20 orang termasuk seorang wanita dewasa dan seorang pengemudi, dan pencarian awal telah dilakukan oleh penduduk kampung.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings