the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan arahan membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary, semasa beliau memegang jawatan itu.

Beliau berkata kenyataan fitnah berhubung isu pengecualian cukai yang dibuat bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah tidak berasas dan tanpa sebarang bukti sokongan.

“Sebelum saya memulakan tindakan terhadap defendan (Muhyiddin), saya memberi peluang kepada defendan dengan mengeluarkan beberapa kenyataan supaya menarik balik dan memohon maaf berhubung kenyataan berunsur fitnah itu.

“Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian, yang menunjukkan betapa angkuhnya beliau. Ia menyebabkan reputasi dan imej saya sebagai ahli politik terjejas teruk disebabkan kenyataan fitnah berkenaan,” katanya membacakan penyataan saksinya pada hari pertama perbicaraan kes samannya terhadap Muhyiddin, berhubung pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary.

Lim berkata kenyataan fitnah itu telah tersebar secara meluas melalui akaun Facebook defendan sendiri yang menarik sejumlah besar pembaca dan komen dan disiarkan dalam pelbagai akhbar dan portal.

Mengenai soalan tambahan dari peguamnya Guok Ngek Seong, Lim berkata defendan juga menyentuh isu 3R (kaum, agama dan diraja) yang boleh menyebabkan ketidakharmonian.

“Isu itu membabitkan pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary yang merupakan sebuah pertubuhan kebajikan Islam.

“Saya tidak mengeluarkan arahan pembatalan tersebut dan tindakan defendan cuba mengalihkan perhatian siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pertuduhan terhadapnya mengenai Projek Jana Wibawa,” katanya.

Lim pada 27 Mac 2023, memfailkan saman terhadap Muhyiddin kerana didakwa mengeluarkan tiga kenyataan berunsur fitnah di Facebook yang melibatkannya berhubung isu pengecualian cukai pada 9, 11 dan 12 Mac 2023. Laporan mengenai perkara itu kemudiannya diterbitkan beberapa akhbar dan portal berita.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa kenyataan fitnah itu juga bermaksud beliau menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan LHDN mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan itu, sedangkan mereka tidak sepatutnya dikenakan cukai.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain bersambung esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings