the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki bersenjata serang pusat kawalan keselamatan, larikan senjata di Yala, Thailand

YALA: Kumpulan lelaki bersenjata dan bertopeng menyerang tiga pusat kawalan keselamatan kampung dan melarikan senjata api dalam tiga insiden berasingan di Yala, selatan Thailand.

Ketua Polis Wilayah Yala Mej Jen. Pol. Seksan Churangsarit berkata tiga kumpulan lelaki bersenjata dan bertopeng menyerang tiga pusat kawalan keselamatan kampung di Tambon Krong Pinang, Tambon Yaha dan Tambon Muang Lamai.

Dalam kejadian pertama pada 8.30 malam Selasa, Seksan berkata sekumpulan lelaki bersenjata menyerang pusat kawalan keselamatan Kampung Krong Pinang dan melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan sepucuk pistol serta walkie talkie.

Beliau berkata kejadian kedua, kira-kira 9.50 malam di daerah Tambon Yaha, kira-kira 15 lelaki bersenjata telah menyerang pusat kawalan keselamatan Tambon Yaha sebelum melarikan sepucuk senapang dan sepucuk pistol.

“Kejadian yang sama juga dilaporkan di Tambon Muang Lamai kira-kira 10.30 malam iaitu kira-kira 17 lelaki bersenjata telah menyerang pusat kawalan keselamatan dan melarikan dua pucuk senapang,“ katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Seksan berkata polis telah memperketat kawalan keselamatan dan meningkatkan rondaan untuk memburu suspek yang melarikan senjata api.

“Usaha mengenal pasti suspek sedang giat dijalankan namun setakat ini, masih belum ada mana-mana pihak yang mengakui bertanggungjawab dalam serangan itu,“ katanya.

Pada Selasa, kerajaan Thailand telah bersetuju untuk melanjutkan dekri darurat ke atas tiga wilayah sempadan selatan – Narathiwat, Pattani dan Yala – selama tiga bulan lagi sehingga 9 Okt, bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings