the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Projek hospital baharu untuk kontraktor ‘terpilih’ tidak wujud – Dzulkefly

KUALA LUMPUR: Projek pembinaan tiga hospital baharu yang kononnya diberikan kepada syarikat ‘terpilih’ seperti tular di media sosial tidak wujud sama sekali, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pihaknya telah meneliti kandungan surat perlantikan tersebut dan didapati melibatkan projek pembinaan tiga hospital iaitu Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor; Hospital Jelebu, Negeri Sembilan dan Hospital Kuala Lipis, Pahang yang telah lama wujud dan sedang beroperasi.

“Buat masa ini KKM (Kementerian Kesihatan) belum mempunyai perancangan dalam masa terdekat untuk membina hospital baharu untuk menggantikan ketiga-tiga hospital ini.

“Oleh itu, projek yang dinyatakan dalam surat tular tersebut sebenarnya tidak pernah diluluskan peruntukan oleh kerajaan dan dengan itu permohonan daripada syarikat tersebut tidak dipertimbangkan kerana tidak wujud dan tiada sebarang tindakan susulan diambil KKM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan Kamar Khas di Parlimen di sini, hari ini, bagi menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai tender bagi Pembinaan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata tidak dinyatakan sebarang arahan atau kelulusan dalam surat berkenaan supaya syarikat yang disebut perlu dilantik untuk melaksanakan projek itu dan Pejabat Perdana Menteri juga telah menyerahkan kepada KKM untuk meneliti permohonan terbabit serta memutuskan tindakan yang perlu diambil.

“Tindakan ini membuktikan Pejabat Perdana Menteri tidak campur tangan dalam hal urusan perolehan projek KKM dan kementerian lain, selari Garis Panduan Pengendalian Sokongan Oleh Anggota Pentadbiran Dalam Urusan Kerajaan yang diperkenalkan dan telah berkuat kuasa sejak 21 Mei lepas,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings