the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada ahli parlimen – Fadillah

SERDANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peruntukan daripada kerajaan Persekutuan kepada ahli Parlimen bukan diberikan secara khusus kepada wakil rakyat itu, sebaliknya ia adalah untuk pembangunan kawasan berkenaan.

Beliau berkata peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Parlimen dan tidak ada dikatakan spesifik untuk ahli Parlimen.

“Ahli Parlimen, peranannya ialah untuk koordinasikan peruntukan itu,“ katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Banci Pertanian 2024, di sini hari ini.

Mei lepas Fadillah dilapor berkata draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sedang dimuktamadkan, antara lain akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

Sebaik sahaja draf terbabit siap, beliau berkata ia akan diserahkan kepada majlis tertinggi semua parti politik kerajaan dan pembangkang untuk diluluskan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings