the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030 bakal sumbang RM36.8 bilion kepada KDNK – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Sasaran kewujudan 3,000 kilang pintar dipacu teknologi 5G menjelang 2030 dijangka menyumbang RM36.8 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Misi Tech Up for a Digitally Vibrant Nation yang digariskan melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menekankan kepentingan penerimagunaan teknologi digital untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar di negara ini menjelang 2030.

“Usaha ini akan mencipta lebih daripada 150,000 pekerjaan berkemahiran tinggi dalam bidang seperti analisis data, kecerdasan buatan (AI), dan internet pelbagai benda (IoT) industri,” katanya ketika berucap pada majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

MoU tersebut bertujuan mengukuhkan kerjasama untuk mempromosi dan mempercepatkan penerimagunaan teknologi 5G dalam industri terutamanya sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Tengku Zafrul berkata kerjasama strategik antara MCMC dan MIDA itu adalah selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI dan merupakan langkah penting ke arah merealisasikan matlamat ekonomi digital Malaysia untuk menyumbang 25.5 peratus kepada KDNK negara menjelang 2025.

“Bagi penerapan teknologi tersebut oleh sektor industri dan perkhidmatan, teknologi 5G merupakan pemboleh cara penting, atau pemangkin perubahan untuk menyediakan tahap kelajuan dan kebolehpercayaan internet lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, sebagai pemboleh cara kritikal, ketersambungan teknologi 5G untuk keperluan industri memerlukan rangkaian internet berkelajuan tinggi, latensi yang rendah dan boleh dipercayai.

“Kami komited untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi penggunaan teknologi 5G ini, terutamanya di kawasan perindustrian.

“Ini bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, tetapi juga akan menarik lebih banyak syarikat berteknologi tinggi asing dan tempatan untuk melabur di Malaysia,” kata Tengku Zafrul.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings