the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga parti politik Kerajaan Perpaduan, JPKKP buat laporan polis terhadap Wan Ahmad Fayhsal

MACHANG: Wakil daripada tiga parti politik dalam Kerajaan Perpaduan dan wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Parlimen Machang tampil membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Machang daripada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di sini, hari ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Machang Mohd Fakaaruddin Ismail berkata laporan polis oleh beliau dan wakil dari Amanah serta PKR dibuat berikutan dakwaan oleh Wan Ahmad Fayhsal semalam yang mengatakan bahawa peruntukan kepada ahli parlimen terbabit dilencongkan kepada parti politik yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata pihaknya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Ahli Parlimen Machang itu yang dianggapnya fitnah, berniat jahat, selain mempunyai pandangan serong terhadap parti-parti politik Kerajaan Perpaduan.

“Kenyataan yang dikeluarkan Wan Ahmad Fayhsal adalah fitnah dan kami wakil dari parti politik Kerajaan Perpaduan menafikan dakwaan itu, kami tidak menerima sebarang peruntukan seperti didakwa beliau.

“Dakwaan dilontarkan itu tidak masuk akal, sepatutnya beliau perlu bercakap berpaksikan fakta. Malah tidak pernah berlaku dalam sejarah peruntukan dari kerajaan untuk parlimen dilencongkan kepada parti-parti politik,” dakwanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di sini hari ini.

Kira-kira 100 penyokong kerajaan turut berhimpun di sini bagi menyatakan sokongan, di samping sebagai tanda protes secara aman terhadap Wan Ahmad Fayhsal.

Semalam media melaporkan Wan Ahmad Fayhsal mendakwa peruntukan yang sepatutnya diterima sebagai wakil rakyat telah dilencongkan kepada parti politik yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Mohd Fakaaruddin berkata pihaknya berharap polis akan mengambil tindakan terhadap ahli parlimen sebagai pengajaran.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings