the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
30.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sistem panggilan kecemasan baharu NG999 diperkenalkan, ganti MERS999

KUALA LUMPUR: Sistem panggilan kecemasan baharu negara, Next Generation Emergency Services (NG999) dilancarkan hari ini bagi menggantikan Malaysian-Emergency Responses 999 (MERS999).

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata NG999 adalah sistem digital strategik bersepadu yang akan meningkatkan perkongsian sumber dan data antara pusat panggilan kecemasan dan agensi pusat berkaitan, sekali gus meningkatkan kecekapan perkhidmatan kecemasan.

“Tempoh konsesi sepanjang 12 tahun. (Dalam tempoh ini) 1 tahun adalah untuk fasa pembangunan dan 11 tahun untuk mengurus perkhidmatan. NG999 juga memanfaatkan teknologi canggih termasuk analisis data dan kecerdasan buatan (AI) untuk menyampaikan bantuan kecemasan dengan lebih berkesan.

“Sistem panggilan kecemasan baharu ini dijangka beroperasi selewat-lewatnya tahun depan,“ katanya pada sidang media selepas menyaksikan pertukaran nota perjanjian NG999 antara Kementerian Komunikasi dan TM di sini hari ini.

Perjanjian baharu antara kerajaan dan TM itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Naib Presiden Eksekutif TM One, Shazurawati Abd Karim.

Teo berkata sistem baharu ini menyepadukan peta digital berasaskan web, ID pemanggil, perkhidmatan geolokasi, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan aplikasi pintar mudah alih ke dalam pengendalian insiden kecemasan yang bakal memberikan bantuan yang lebih cekap di seluruh negara.

Beliau berkata sistem NG999 akan diperluaskan kepada lebih 800 lokasi seluruh negara iaitu peningkatan sebanyak dua kali ganda daripada jumlah lokasi di bawah MERS999 sedia ada.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Amar Huzaimi Md Deris berkata TM juga akan memperkenalkan aplikasi baharu untuk NG999 yang membolehkan penggunaan teks, foto, dan video untuk pengguna berdaftar.

“Ini akan meningkatkan mutu komunikasi antara pemanggil dengan petugas bantuan kecemasan, yang sekali gus mempercepat saluran perkhidmatan,“ katanya.

Dalam perkembangan lain, Teo memaklumkan MERS999 telah menerima kira-kira 15,000 hingga 16,000 panggilan palsu setiap bulan, setakat bulan lalu.

“Sebenanrnya ia (jumlah panggilan palsu) telah menurun kalau dibandingkan dengan tahun 2022 di mana satu bulan prank-call adalah setinggi 31,000 dan tahun lepas menurun kepada kepada 19,000 panggilan sebulan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’Occitane En Provence Helps Malaysians Address Hair Fall Through Expert Hair & Scalp Diagnosis

As hair fall and hair loss concerns continue to affect consumers across different ages and life stages, L'Occitane is encouraging Malaysians to look beyond the symptoms and understand the root cause of their concerns through its complimentary Hair & Scalp Diagnosis.

Prudential Singapore tops global MDRT Culture of Excellence (COE) Awards with 29 agency leaders...

Prudential Singapore ("Prudential") achieved the strongest showing globally in the 2026 Million Dollar Round Table (MDRT) Culture of Excellence (COE) Awards, with 29 agency leaders recognised out of 68 winners worldwide.

As EVs become the majority of new car registrations in Singapore, Allianz highlights a...

Electric vehicles (EVs) have reached a defining milestone in Singapore. Allianz Insurance Singapore says the national EV conversation is evolving beyond adoption towards a fundamental shift in how drivers think about vehicle ownership, as EVs now account for the majority of new car registrations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings